Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458430
Title: Kedudukan mata wang maya bitcoin menurut perspektif syariah
Authors: Muhammad Amir Husairi Che Rani (P87045)
Supervisor: Ahmad Dahlan Salleh, Dr.
Keywords: Finance (Islamic law)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  21
Description: Bitcoin merupakan satu bentuk mata wang baru yang muncul bagi memberi inovasi baru kepada sistem pembayaran semasa. Kemunculan bitcoin sebagai mata wang disentralisasi secara maya dengan nilai yang tinggi menjadi daya penarik utama dalam pemilikan bitcoin tersebut sebagai mata wang. Namun, dengan pelbagai inovasi yang disediakan, bitcoin berhadapan dengan kekangan legitimasi, kesamaran regulasi dan menjadi wadah kepada aktiviti pelanggaran undang-undang. Oleh yang demikian, objektif utama kajian ini adalah mengenal pasti status bitcoin sebagai harta menurut pandangan fuqaha. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji status bitcoin sebagai al-nuqud menurut pandangan fuqaha dan menganalisis kedudukan bitcoin sebagai mata wang maya menurut perspektif syariah. Reka bentuk kajian ini ialah kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis kandungan. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen terhadap bahan bercetak seperti buku, penulisan akademik yang berkaitan serta menerusi internet yang dipercayai sumbernya. Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif dalam menganalisis data yang dikumpulkan. Hasil kajian mendapati bitcoin tidak memenuhi syarat sebagai harta seperti yang telah ditetapkan oleh fuqaha berdasarkan kepada risiko spekulasi nilai bitcoin dan risiko pelanggaran keselamatan yang menyebabkan kehilangan bitcoin yang dimiliki sehingga mengkategorikan bitcoin sebagai pelaburan spekulatif dan aset yang berisiko tinggi. Ketiadaan thamaniyyah pada bitcoin dan kerumitan penggunaan bitcoin sebagai alat pengukur nilai serta berlakunya siri penggodaman dan serangan malware menunjukkan bitcoin tidak berfungsi sebagai al-nuqud bahkan bitcoin hanyalah kaedah pembayaran alternatif yang berisiko tinggi dan aset yang tidak selamat. Kajian ini juga mendapat bitcoin hanyalah kaedah pembayaran yang tidak diterima umum bukanlah mata wang menurut syariah berdasarkan kepada ketiadaan penerimaan umum dan kewujudan darar serta risiko penggunaan bitcoin sebagai alat pembayaran. Kajian ini mencadangkan regulasi syariah terhadap penggunaan bitcoin bagi memastikan kesahihan penggunaan mata wang dalam menenuhi peruntukan hifz al-mal.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 152
Call Number: BP158.F5M868 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129502+SOURCE1+SOURCE1.2.PDF
  Restricted Access
662.1 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.