Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458410
Title: Status hak cipta sebagai harta sepencarian menurut perspektif perundangan syariah
Authors: Muhammad Farahin Mazlan (P87029)
Supervisor: Mohd Zamro Muda, Dr.
Keywords: Marital property (Islamic law)
Separate property (Islamic law)
Copyright -- Law and legislation -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  17
Description: Peruntukan undang-undang keluarga Islam menyebutkan apa-apa aset yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan boleh dituntut sebagai harta sepencarian. Namun status hak cipta sebagai harta sepencarian masih menjadi perdebatan dalam kalangan fuqaha mazhab sunni yang berbeza-beza pandangan tentang takrifan harta. Oleh itu, objektif kajian bertujuan mengenalpasti status hak cipta sebagai harta menurut perspektif syariah, kedua adalah untuk mengkaji konsep hak cipta sebagai harta sepencarian menurut perspektif perundangan syariah dan ketiga adalah menganalisis status hak cipta sebagai harta sepencarian menurut pendapat ahli dan pengamal perundangan syariah. Reka bentuk kajian ialah kualitatif secara analisis dokumen dan temu bual separa berstruktur. Data-data diperolehi melalui statut-statut hak cipta dan harta sepencarian di Malaysia, fiqh empat mazhab sunni serta temu bual bersama pengamal perundangan syariah, ahli hak cipta dan ahli agamawan. Data-data tersebut dianalisis dengan menggunakan pendekatan deskriptif, tematik, komparatif dan data temu bual ditranskripsikan. Dapatan kajian mendapati Islam mengiktiraf status hak cipta dalam harta sepencarian dan ia boleh dikategorikan sebagai harta kerana memiliki nilai, manfaat dan boleh dimiliki. Hak cipta juga termasuk di dalam kategori harta tidak ketara yang boleh dituntut sebagai harta sepencarian jika sekiranya ia dimiliki di dalam tempoh perkahwinan atau dikembangkan dalam tempoh perkahwinan dengan melihat kepada faktor sumbangan pihak suami dan isteri dalam memperolehi harta tersebut. Hasil temu bual mendapati para informan menyokong teori hak cipta sebagai harta sepencarian. Implikasi kajian ini memberi sumbangan di dalam kajian ilmu syariah dan boleh dirujuk oleh mahkamah syariah dan sivil di dalam menangani masalah hak cipta sebagai harta sepencarian. Kajian juga mencadangkan kepada penggubalan undang-undang berkaitan hak cipta dan harta sepencarian berkenaan harta yang boleh dituntut sebagai harta sepencarian.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 144
Call Number: BP158.M29M8545 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129148+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.72 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.