Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458406
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZuliza Mohd. Kusrin, Prof. Madya Dr..
dc.contributor.authorNurul Faezah Md Ahair (P95429)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:24:10Z-
dc.date.available2023-09-13T07:24:10Z-
dc.date.issued27/08/2021
dc.identifier.otherukmvital:129144
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458406-
dc.descriptionHak mengamalkan ajaran agama dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Walau bagaimanapun, dalam konteks masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia, masih wujud pertikaian undang-undang berkaitan hak tersebut, yang meliputi hak mempamerkan syiar agama dan mendirikan rumah ibadat. Objektif kajian ialah menjelaskan konsep mengamalkan ajaran agama dari aspek mempamerkan syiar agama dan membina rumah ibadat menurut syarak, kedua mengkaji jaminan dan peruntukan undang-undang tentang hak mengamalkan ajaran agama dari aspek mempamerkan syiar agama menurut Perlembagaan Persekutuan dan ketiga mengenalpasti jaminan perundangan tentang hak mengamalkan agama dari aspek pembinaan rumah ibadat menurut Perlembagaan Persekutuan. Reka bentuk kajian ialah kualitatif iaitu secara teknik analisis kandungan. Data dikumpul diperolehi daripada sumber bercetak dan sumber elektronik seperti buku, laporan kes mahkamah, statut, artikel jurnal dan tesis. Data dianalisis secara diskriptif dan dipersembahkan dalam bentuk tema-tema yang bersesuaian. Kajian mendapati Islam menjamin hak mengamalkan agama kepada umat Islam dan bukan Islam yang taat pada pemerintahan Islam. Menurut hukum syarak bagi penganut bukan Islam, syiar agama bagi agama bukan Islam boleh dipamerkan hanya di kawasan kediaman bukan Islam atau di rumah-rumah ibadat mereka. Pembinaan rumah ibadat mereka dibenarkan di kawasan yang didiami oleh bukan Islam atau di kawasan umat Islam dengan syarat mendapat izin pemerintah atas tujuan maslahah tertentu. Seterusnya, jaminan Perlembagaan terhadap hak melaksanakan ibadah, perayaan agama dan mempamerkannya dibenarkan selagimana ia tidak bertentangan dengan undang-undang am berkaitan keselamatan, kesihatan dan prinsip moral. Menurut Perlembagaan Persekutuan jaminan mendirikan rumah ibadat agama Islam dan bukan Islam tertakluk kepada kawalan dan sekatan undang-undang supaya rumah ibadat yang didirikan menepati piawaian dan pembinaannya tidak menimbulkan pertikaian antara masyarakat setempat. Selain itu, kajian mendapati peruntukan Perlembagaan membenarkan sambutan perayaan agama bukan Islam, lagu perayaan tersirat unsur ketuhanan diperdengarkan, perhiasan perayaan dipamerkan dan diperlihatkan kepada umat Islam secara terbuka walaupun ianya didapati bertentangan dengan ajaran Islam. Perbuatan ini dibenarkan di Malaysia selagimana tidak mengancam keselamatan, kesihatan dan prinsip moral. Namun, syiar agama bukan Islam yang tidak dipamerkan kepada umat Islam dan hak membina rumah ibadat yang diberikan didapati selari dengan kehendak syarak dan selari dengan ketetapan Perlembagaan Persekutuan dan lain-lain perundangan Malaysia. Kajian ini memberi implikasi terhadap perpaduan masyarakat dan ketua-ketua agama dalam mematuhi ajaran agama dan undang-undang negara dalam aspek mempamerkan syiar agama dan mendirikan rumah ibadat. Implikasi kajian mencadangkan amalan terbaik dalam mempamerkan syiar agama dan mendirikan rumah ibadat di Malaysia ke arah perpaduan masyarakat majmuk. Ia boleh dimanfaatkan oleh penganut-penganut agama, ketua-ketua agama, institusi dan organisasi pengurusan rumah ibadat serta pengamal undang-undang semasa melaksanakan hak beragama dan membina rumah ibadat agama masing-masing.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectMinorities (Islamic law)
dc.subjectDhimmis
dc.subjectReligious tolerance
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKebebasan mengamalkan ajaran agama menurut syarak dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages176
dc.identifier.callnoBP158.M56N837 2021 tesis
dc.identifier.barcode006640(2022)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129144+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
599.59 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.