Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458405
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNajah Nadiah Amran, Dr.-
dc.contributor.authorShahidatul Ashikin Shahran (P78766)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:24:10Z-
dc.date.available2023-09-13T07:24:10Z-
dc.date.issued09/09/2021-
dc.identifier.otherukmvital:129143-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458405-
dc.descriptionKajian ini membincangkan tentang ruang lingkup jihad wanita mengikut pandangan Islam dan pandangan sarjana Barat. Sebahagian sarjana Barat memandang jihad khususnya jihad wanita sebagai kekejaman, kekerasan, dan keganasan. Sedangkan konsep jihad di dalam Islam adalah meluas dan ruang lingkupnya tidak hanya tertumpu kepada jihad perang menggunakan kekuatan senjata semata-mata. Kajian-kajian lepas terutamanya kajian sarjana Barat banyak menonjolkan penglibatan kaum wanita di medan peperangan. Walhal, Islam telah pun menyediakan pelbagai platform kepada kaum wanita bagi melaksanakan jihadnya sama ada di dalam atau di luar rumah. Bagi memahami konsep jihad yang diutarakan oleh sarjana Barat terutamanya jihad wanita, kajian ini telah memilih tiga karya untuk dianalisis iaitu karya Jihad beyond Islam, Understanding Jihad dan Inside The Gender Jihad Women's Reform in Islam. Pendekatan yang digunakan pengarang diteliti disamping menganalisis kategori dan bidang jihad wanita yang diutarakan di dalam karya tersebut. Oleh itu, objektif pertama kajian ini ialah mengkaji konsep jihad, tema jihad dan jihad wanita menurut Islam dan sarjana Barat. Objektif kedua ialah menganalisis pendekatan dan konsep jihad dalam karya terpilih. Objektif ketiga ialah menjelaskan tema dan kategori jihad wanita di dalam karya terpilih. Kajian ini berbentuk kualitatif berbentuk analisis kandungan. Sumber data yang dikumpulkan adalah daripada tiga karya utama disamping bahan bercetak seperti buku, jurnal, tesis, artikel, akhbar dan dokumen. Data-data ini dianalisis menggunakan kaedah tematik. Hasil kajian ini mendapati sebahagian sarjana Barat memahami jihad secara komprehensif. Namun begitu, fokus perbincangan mereka lebih tertumpu kepada jihad perang. Pendekatan yang digunakan pengarang juga telah menghasilkan kefahaman yang berbeza. Diharap kajian ini dapat membantu mengatasi salah faham masyarakat khususnya wanita bahawa bidang jihad bagi mereka adalah lebih luas bukan semata-mata bidang peperangan. Semoga kajian ini dapat memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat khususnya wanita supaya tidak terpengaruh dengan agenda-agenda musuh Islam yang menggunakan jihad sebagai alat daya tarikan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectArabic language -- Discourse analysis-
dc.subjectPublic relations-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKonsep dan pelaksanaan jihad bagi wanita dalam karya sarjana barat-
dc.typetheses-
dc.format.pages272-
dc.identifier.callnoBP182.S533 2021 tesis-
dc.identifier.barcode006639(2022)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129143+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
667.39 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.