Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458386
Title: | Pendekatan pengurusan emosi armalah muslimah di Kota Bharu, Kelantan |
Authors: | Nuur Syafiqah Abirerah (P95479) |
Supervisor: | Najah Nadiah Amran, Dr. |
Keywords: | Single mothers -- Kelantan Single mothers -- Psychology Stress (Psychology) -- Religious aspects -- Islam Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 8 |
Description: | Armalah merujuk kepada wanita yang kehilangan suami kerana perceraian atau kematian. Kehilangan tersebut menyebabkan golongan armalah mempunyai bebanan peranan berkali ganda lebih tinggi berbanding dengan keluarga yang sempurna. Peranan berganda tersebut telah membawa kepada gangguan emosi yang berterusan dan akhirnya membawa kepada tekanan mental armalah. Status armalah yang mendapat tanggapan buruk atau stigma masyarakat sekeliling telah menyebabkan golongan armalah ini menggunakan alternatif sendiri untuk menguruskan tekanan emosi yang dialami. Namun, kaedah yang digunakan masih mengganggu kualiti hidup wanita tersebut. Berikutan kadar perceraian dan kemiskinan tertinggi di negeri Kelantan yang boleh membawa kepada gangguan emosi armalah, kajian ini bertujuan mengkaji (a) bentuk-bentuk emosi armalah di Kota Bharu, Kelantan, (b) cabaran-cabaran emosi armalah di Kota Bharu, Kelantan dan (c) pengurusan emosi yang dilakukan oleh armalah di Kota Bharu, Kelantan menurut perspektif Islam. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes melalui kaedah temubual mendalam terhadap lima orang armalah. Data temubual dirakam dan disalin semula secara verbatim. Ia dianalisis secara deskriptif dengan kod dan tema tertentu. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat gangguan emosi yang dialami oleh armalah untuk jangka masa tertentu selepas perceraian dan kematian pasangan. Antaranya seperti rasa sedih, susah hati, kehilangan, marah, hilang arah dan kecewa. Manakala cabaran emosi pula terbahagi kepada lima bahagian iaitu cabaran anak-anak, cabaran kehilangan, cabaran kewangan, stigma masyarakat dan proses perceraian yang panjang. Kajian juga mendapati tiga pendekatan digunakan oleh armalah dalam pengurusan emosi iaitu pendekatan kerohanian, pengukuhan mental dan mendapatkan sokongan pihak luar. Implikasi kajian ini berguna kepada pihak Kerajaan Negeri Kelantan untuk memperkasakan lagi program armalah dan mencadangkan agar Dasar Keluarga Mawaddah Kelantan (DKMK) memberikan penekanan terhadap kerangka sirah dan sunnah Rasulullah SAW sebagai garis panduan pembangunan emosi khususnya kepada mereka yang menghadapi kehilangan ahli keluarga.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 192 |
Call Number: | HQ759.915.N698 2021 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_128717+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.13 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.