Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458385
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zul'azmi Yaakob, Dr. | |
dc.contributor.author | Zuhaira Nasrin Mohamed Zin (P93712) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:23:56Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:23:56Z | - |
dc.date.issued | 24/11/2021 | |
dc.identifier.other | ukmvital:128396 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458385 | - |
dc.description | Kemerosotan alam sekitar merupakan isu global yang semakin meruncing sehingga kualiti alam sekitar terjejas di seluruh negara. Kemerosotan ini berlaku disebabkan oleh kepincangan pada prinsip nilai dan mentaliti individu serta masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kualiti alam sekitar. Walaupun kemerosotan alam sekitar telah cuba diatasi melalui pelbagai medium seperti penguatkuasaan undang-undang namun isu alam sekitar tidak pernah berakhir malah semakin bertambah. Oleh itu, bidang pendidikan menjadi tumpuan seluruh negara bagi menangani krisis alam sekitar kerana pendidikan merupakan salah satu mekanisme pembentukan nilai sekaligus pembentukan sebuah tamadun yang berjaya. Kajian ini bertujuan mengkaji pendidikan alam sekitar di Malaysia yang dilaksanakan secara rentas kurikulum dalam buku teks dengan memfokuskan sistem nilai alam sekitar. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah analisis dokumen bagi mengumpul data dari 20 buah buku teks Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di peringkat sekolah rendah dan menengah. Kajian ini seterusnya menganalisis petikan teks alam sekitar dalam buku teks menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati sistem nilai alam sekitar dalam buku teks terbahagi kepada empat (4) iaitu antroposentrik, teknosentrik, ekosentrik dan teosentrik. Pemikiran sekular melalui nilai antroposentrik lebih mendominasi dalam petikan teks berkaitan alam sekitar. Sistem nilai sekular dalam buku teks ini perlu diperhalusi kerana berpotensi untuk mempengaruhi kepercayaan individu dan kepentingan peribadi dalam pemeliharaan alam sekitar tanpa melibatkan hubungan, alam, manusia dan Tuhan. Pengusulan nilai teosentrik dalam kajian ini sebagai asas dalam pendidikan alam sekitar diharap dapat membantu pelajar membina sistem nilai alam sekitar berdasarkan kepercayaan yang kuat dan pemahaman yang benar akan kepentingan penjagaan kualiti persekitaran dalam kehidupan manusia.,Sarjana Pengajian Islam | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Environmental education -- Malaysia | |
dc.subject | Education -- Curricula | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Falsafah nilai alam sekitar dalam buku teks sekolah di Malaysia | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 129 | |
dc.identifier.callno | GE90.M4Z834 2021 tesis | |
dc.identifier.barcode | 006613(2022) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_128396+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 837.02 kB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.