Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458381
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRoziah Sidik @ Mat Sidek, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNur Aqilah Karim (P98326)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:23:53Z-
dc.date.available2023-09-13T07:23:53Z-
dc.date.issued05/02/2022-
dc.identifier.otherukmvital:128367-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458381-
dc.descriptionKhalaf ibn cAbbās al-Zahrāwī merupakan pakar bedah Andalus yang menjadi tumpuan dalam tamadun Islam dan Eropah menerusi ensiklopedia perubatan beliau iaitu kitab al-Taṣrīf li man cAjiza can al-Taṣrīf khususnya makalah ke-30. Makalah ini membincangkan mengenai prosedur pembedahan dalam pelbagai bidang pembedahan serta menyenaraikan hampir 200 instrumen pembedahan yang digunakan. Meskipun instrumen yang dibahaskan oleh al-Zahrāwī adalah sekitar abad ke-10M dan ke-11M, namun sebahagian instrumen pembedahan al-Zahrāwī dikatakan masih digunakan sebagai instrumen perubatan dan pembedahan moden pada hari ini termasuklah dalam bidang otorinolaringologi. Justeru, kajian ini dilakukan untuk meneliti biografi dan latar belakang kehidupan al-Zahrāwī di samping membahaskan instrumen pembedahan yang disertakan ilustrasinya dalam makalah ke-30 kitab al-Taṣrīf li man cAjiza can al-Taṣrīf dan menganalisis instrumen yang digunakan dalam bidang otorinolaringologi serta kelestarian instrumen pembedahan tersebut dalam perubatan dan pembedahan moden. Kajian ini mengaplikasi pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan di samping temu bual yang dijalankan bersama pakar perubatan bidang yang terlibat. Maklumat dan data dikumpul dari pelbagai sumber sama ada secara tekstual mahupun visual. Maklumat tersebut pula dianalisis dan dihuraikan secara deskriptif berdasarkan tematik dan deduktif. Hasil kajian menjelaskan bahawa kepakaran al-Zahrāwī dalam bidang perubatan terutamanya pembedahan tidak dapat dipertikai apabila beliau menjadi individu penting yang menyinari bidang perubatan dan pembedahan tamadun Islam serta Eropah. Kitab al-Taṣrīf li man cAjiza can al-Taṣrīf merupakan sumbangan terbesar al-Zahrāwī dalam bidang perubatan dan pembedahan serta menjadi rujukan ramai pakar perubatan selepas zamannya. Di samping itu, makalah ke-30 mengenai pembedahan memaparkan sebanyak 180 ilustrasi instrumen pembedahan hasil ciptaan dan inovasi al-Zahrāwī dibahagikan mengikut bahagian rawatan iaitu kauteri, pembedahan umum dan ortopedik. Sebanyak 22 instrumen digunakan dalam rawatan dan pembedahan melibatkan bidang otorinolaringologi. Hasil kajian juga menunjukkan sebahagian instrumen ini masih digunakan dalam pembedahan moden dengan modifikasi dan penambahbaikan. Modifikasi dilihat berlaku dari segi bahan, bentuk instrumen dan fungsinya. Meskipun berlaku modifikasi, namun asasnya masih dikekalkan.,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSurgical instruments and apparatus-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKelestarian instrumen pembedahan khalaf ibn abbas al-zahrawi (325-404H/936-1013M) berkaitan otorinolaringologi dalam pembedahan moden-
dc.typetheses-
dc.format.pages242-
dc.identifier.callnoRD71.N833 2022 tesis-
dc.identifier.barcode006598(2022)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_128367+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.51 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.