Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458374
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRazaleigh Muhamat@Kawangit, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorYasmoon Mohamed (P94333)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:23:47Z-
dc.date.available2023-09-13T07:23:47Z-
dc.date.issued15/11/2020
dc.identifier.otherukmvital:126237
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458374-
dc.descriptionMualaf merupakan golongan yang sangat memerlukan bantuan kerana setelah memeluk Islam, mereka menerima pelbagai cabaran seperti; dipulaukan keluarga, terputus bantuan kewangan, hilang sumber pendapatan, dipandang serong oleh masyarakat, tiada tempat mengadu, kurang pengetahuan ajaran Islam, dan sebagainya. Cabaran-cabaran ini boleh menjerumuskan mereka kepada gejala murtad, serta menyebabkan masyarakat bukan Islam memandang sinis kepada Islam. Sehubungan dengan itu, kajian ini dirangka untuk mengkaji mengenai pengurusan dakwah mualaf oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di negeri Kelantan. Kajian ini juga bertujuan mengkaji tahap kepuasan mualaf terhadap pengurusan dakwah merangkumi pengurusan bimbingan agama, pengurusan hal ehwal kebajikan, dan pengurusan sokongan kewangan. Kaedah yang digunakan bagi tujuan ini ialah kajian kuantitatif menggunakan reka bentuk kajian tinjauan melalui instrumen soal selidik yang mengandungi tiga konstruk utama yang merangkumi pengurusan kelas bimbingan agama, pengurusan hal ehwal kebajikan, dan pengurusan sokongan kewangan. Borang soal selidik diedarkan kepada 120 orang responden dari kalangan mualaf berdasarkan pensampelan bertujuan dari kalangan mualaf yang mengikuti Kelas Mingguan Fardhu Ain jajahan Kota Bharu anjuran MAIK. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) bagi mendapatkan kekerapan, peratus, skor min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepuasan mualaf terhadap kelas bimbingan agama mendapat nilai min yang sederhana iaitu 3.40 dengan sisihan piawai = 0.982. Manakala nilai skor min bagi pengurusan hal ehwal kebajikan mendapat nilai skor min yang tinggi, iaitu 3.68 dengan sisihan piawai=0.983. Nilai skor min bagi konstruk pengurusan sokongan kewangan juga mencatatkan nilai skor min yang tinggi iaitu 3.53, dengan sisihan piawai 1.038. Kajian ini dapat mengenal pasti maklum balas mualaf dari sudut kepuasan mereka terhadap pengurusan dakwah mualaf oleh MAIK. Ia juga dapat membantu MAIK memantapkan lagi pengurusan dakwah kepada golongan mualaf dengan lebih berkesan.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectMuslim converts -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleTahap kepuasan mualaf terhadap pengurusan dakwah mualaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
dc.typetheses
dc.format.pages114
dc.identifier.callnoBP170.5.Y347 2020 tesis
dc.identifier.barcode006397(2021)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126237+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.05 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.