Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458355
Title: Hubungan antara minat dan amalan dengan tahap kebolehan membaca al-quran pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Sabah
Authors: Mohd Zulkifli Saari (GP01383)
Supervisor: Mazlan Ibrahim, Prof. Madya Dr.
Keywords: Al- Quran -- Bacaan -- Sabah
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  29
Description: Kebolehan membaca Al-Quran dalam kalangan pelajar Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) Kursus Dalam Cuti (KDC) Jabatan Agama Islam wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan telah menimbulkan kebimbangan pihak Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya amnya dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral khususnya. Hal ini timbul setelah didapati terdapat sebilangan pelajar yang kebolehannya dalam membaca Al-Quran kurang memuaskan terutama dalam tahsin Al- Quran. Penemuan ini hasil daripada ujian tasmik yang dibuat kepada salah satu daripada tiga kumpulan ambilan pelajar ini diawal kemasukan mereka ke IPG Kampus Gaya. Kerisauan ini tercetus kerana memandangkan mereka ini adalah merupakan guru agama yang mengajar di Sekolah Rendah Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi para pelajar terhadap pengetahuan membaca Al-Quran, tahap kebolehan membaca Al-Quran, hubungan antara amalan membaca Al-Quran dengan kebolehan membacanya serta hubungan antara minat membaca Al-Quran dengan kebolehan membacanya. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dengan melibatkan responden seramai 130 orang yang sedang mengikuti PDPM Mod KDC di IPG Kampus Gaya. Dapatan kajian menyatakan bahawa persepsi pengetahuan responden tentang tahap membaca Al-Quran berada ditahap yang tinggi. Ini dapat dilihat dari nilai maksimun min iaitu 4.00 dan tahap responden yang berada pada tahap sederhana dan lemah dalam pengetahuan tahap pembacaan al-Quran dengan nilai min minimum iaitu 2.00. Dapatan hasil kajian tahap kebolehan membaca al-Quran melalui 4 aspek iaitu penguasaan tajwid, kelancaran bacaan, fasahah dan sebutan makhraj pula didapati lebih 70 % daripada responden dapat membaca Al-Quran dengan tahap sangat baik dan lebih kurang 30% lagi berada pada tahap sederhana atau lemah. Manakala hasil dapatan daripada hubungan amalan membaca Al-Quran dengan kebolehan membacanya serta hubungan minat membaca Al-Quran dengan kebolehan membacanya yang diukur berdasarkan empat aspek utama iaitu penguasaan tajwid, kelancaran bacaan,fasohah dan sebutan makhraj didapati tiada hubungan signifikan dimana dapatan kajian menunjukkan nilai signifikan r adalah adalah lebih besar daripada nilai p > .05 ini menunjukkan bahawa minat dan amalan tidak mempengaruhi kebolehan membaca Al-Quran dalam kalangan responden tersebut. Berdasarkan dapatan, semua pelajar mampu mengekalkan bacaan pada tahap yang baik. manakala bagi pelajar-pelajar pada tahap sederhana dan lemah perlu memperbaiki bacaan mereka dengan bantuan tenaga pengajar IPG Kampus Gaya agar dapat menguasai kebolehan membaca al-Quran pada tahap baik dan cemerlang sebelum menamatkan kursus mereka.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 130
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125598+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.87 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.