Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458353
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorA'dawiyah Ismail, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorRosnijah Arolah (GP04600)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:23:30Z-
dc.date.available2023-09-13T07:23:30Z-
dc.date.issued15/11/2020
dc.identifier.otherukmvital:125593
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458353-
dc.descriptionKeruntuhan akhlak yang berlaku dewasa ini berkait rapat dengan isu dan cabaran yang perlu ditangani oleh Guru Pendidikan Islam. Guru Pendidikan Islam dijadikan contoh teladan dalam kalangan pelajar diistilahkan sebagai Murabbi, Mu'allim, Muaddib, Mudarris dan Mursyid. Oleh itu, Guru Pendidikan Islam merupakan penanda aras kepada contoh keperibadian mulia dalam kalangan pelajar termasuklah dari konteks pelaksanaan dakwah dalam pembentukan akhlak pelajar oleh Guru Pendidikan Islam di sekolah menengah kebangsaan. Salah satu usaha dalam membenteras keruntuhan akhlak pelajar adalah dengan mengembangkan program dakwah melalui bidang pendidikan. Objektif kajian ini adalah untuk mengemukakan aktiviti dakwah yang dilaksanakan di sekolah menengah kebangsaan daerah Kunak, mengkaji kepentingan aktiviti dakwah dalam pembentukan akhlak pelajar di sekolah menengah kebangsaan daerah Kunak dan menganalisis peranan Guru Pendidikan Islam melaksanakan aktiviti dakwah dalam pembentukan akhlak pelajar di sekolah menengah kebangsaan daerah Kunak. Kajian ini telah dijalankan di tiga buah sekolah menengah kebangsaan yang terdapat di daerah Kunak Sabah. Seramai 524 orang pelajar telah diambil sebagai sampel kajian. Kaedah yang digunakan dalam pengumpulan data ialah borang soal selidik. Proses penganalisisan data menggunakan program perisian komputer Statiscal Package For The Sciences (SPSS Versi 23). Dapatan kajian dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Kajian mendapati bahawa pelaksanaan aktiviti dakwah berada pada tahap tinggi dengan purata min ialah 4.29. Manakala kepentingan dakwah di sekolah menengah kebangsaan juga berada pada tahap yang tinggi dengan purata 4.28. Justeru itu, kajian mendapati bahawa peranan Guru Pendidikan Islam dalam pembentukan akhlak pelajar juga berada pada tahap nilai min yang tinggi dengan nilai 4.25. Implikasi kajian ini dapat membantu Guru Pendidikan Islam mengembangkan program dakwah dalam pendidikan untuk membenteras keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar di sekolah menengah kebangsaan. Saranan yang dikemukakan untuk memperbaiki lagi pelaksanaan aktiviti dakwah dalam pembentukan akhlak pelajar adalah melalui penekanan terhadap didikan agama oleh semua pihak samada ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat sekeliling.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectDa'wah (Islam)
dc.subjectIslamic education -- Malaysia -- Sabah -- Kunak
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePeranan Guru Pendidikan Islam (GPI) dalam pelaksanaan aktiviti dakwah di Sekolah Menengah Kebangsaan daerah Kunak
dc.typetheses
dc.format.pages128
dc.identifier.callnoBP170.85.R648 2020 tesis
dc.identifier.barcode006346(2021)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125593+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.87 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.