Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458351
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nazri Ahmad, Dr. | |
dc.contributor.author | Noraida Mat Nasir (P77216) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:23:28Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:23:28Z | - |
dc.date.issued | 30/11/2020 | |
dc.identifier.other | ukmvital:125569 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458351 | - |
dc.description | Pelupusan bahan-bahan yang mengandungi cetakan ayat-ayat suci al-Quran merupakan salah satu aspek penting dalam pemeliharaan kehormatan dan kesucian al-Quran. Al-Quran yang usang, rosak, tersalah cetak, mushaf selain Rasm cUthmani merupakan antara bahan yang dikategorikan sebagai bahan yang tidak lagi boleh dimanfaatkan dan perlu dilupuskan. Segelintir masyarakat yang tidak mengetahui kaedah yang betul dalam menguruskan bahan tersebut menyebabkan berlakunya beberapa isu pembuangan bahan al-Quran dengan cara yang tidak sepatutnya dan secara tidak langsung menyebabkan berlakunya penghinaan terhadap al-Quran. Pelupusan bahan-bahan al-Quran ini perlu dilaksanakan oleh pihak yang berautoriti. Kerajaan Malaysia telah melantik pihak yang berwajib untuk menjalankan tanggungjawab memastikan pelaksanaan dalam melupuskan bahan al-Quran mematuhi hukum syarak yang telah ditetapkan oleh Islam. Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) merupakan agensi yang bertanggungjawab dan sangat berperanan penting bagi melaksanakan pengurusan tersebut di peringkat negeri. Justeru, objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui kaedah pengurusan pelupusan di Seremban, Negeri Sembilan. Agensi yang bertanggungjawab dalam pengurusan ini adalah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk analisis dokumen. Manakala, teknik pengumpulan data adalah menggunakan dokumen-dokumen daripada Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Strategik, JHEAINS sebagai sumber primer dan kajian kepustakaan sebagai sumber sekunder. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif. Hasil dapatan kajian mendapati JHEAINS merupakan agensi yang bertanggungjawab dan berperanan penting dalam menguruskan aktiviti pengumpulan bahan al-Quran bagi negeri ini. Bahan-bahan pelupusan yang dikumpulkan melalui program ini diserahkan kepada Syarikat Percetakan Saufi yang merupakan pihak yang dilantik secara khusus untuk menjalankan proses pelupusan bahan-bahan al-Quran. Pihak ini menggunakan kaedah pembakaran yang merupakan salah satu daripada empat kaedah yang dianjurkan dalam Islam untuk diamalkan dalam melaksanakan aktiviti melupuskan bahan al-Quran. Kaedah tersebut merupakan kaedah yang menjadi pilihan dan digunakan secara meluas dalam aktiviti pelupusan al-Quran di Malaysia. Pengurusan pelupusan bahan al-Quran yang dijalankan oleh JHEAINS adalah mengikut pelaksanaan dalam sejarah Islam yang mana pihak ini mencontohi kaedah pembakaran yang dilakukan oleh Saidina cUthman. JHEAINS telah melaksanakan kewajipan dalam memelihara kesucian dan kemuliaan al-Quran sebagai pihak yang menguruskan pengumpulan al-Quran meskipun tidak melaksanakan proses pembakaran bahan tersebut. Pelaksanaan pengurusan pelupusan bahan al-Quran oleh JHEAINS ini juga menunjukkan bahawa pihak ini telah menunaikan tanggungjawab dalam melaksanakan ibadah fardhu kifayah. Pihak ini memikul tugas dan tanggungjawab tersebut dengan baik dan berkesan. Justeru, kaedah pengurusan pelupusan JHEAINS ini adalah bertepatan dan selari dengan kehendak syarak. Kajian ini memberikan implikasi kepada pihak kerajaan dan pihak agensi pelupusan di peringkat negeri untuk memperbaiki sistem pengurusan ke arah yang lebih baik dan berkesan.,Sarjana Pengajian Islam | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Ash disposal -- Management | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Kaedah pengurusan pelupusan bahan Al-Quran di Seremban : satu analisa dari sudut Al-Quran dan hadith | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 117 | |
dc.identifier.barcode | 006342(2021) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125569+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.4 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.