Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458343
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhazri Osman, Dr.-
dc.contributor.authorKhairul Muna Hashim (P92616)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:23:24Z-
dc.date.available2023-09-13T07:23:24Z-
dc.date.issued07/01/2020-
dc.identifier.otherukmvital:125556-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458343-
dc.descriptionPengimarahan surau mampu mempraktikkan pendekatan dakwah berkonsepkan hikmah, mawᶜīẓah ḥasanah dan mujādalah. Peranan surau amat penting bagi merealisasikan pendidikan generasi muda dalam mempersiapkan barisan pelapis masa hadapan. Namun didapati amalan pengimarahan surau daripada segi pengisian aktiviti dan kelengkapan prasarana kurang diberikan keutamaan dalam aspek pendidikan kerohanian di sekolah. Perkara ini dikhuatiri menjadi punca permasalahan terhadap pembentukan akhlak para pelajar daripada mudah terpengaruh dengan budaya negatif daripada segi pergaulan, persekitaran, panduan role model dan kepedulian masyarakat setempat. Amalan pengimarahan surau ini akan memberikan input langsung terhadap pembangunan kerohanian pelajar bersendikan pendekatan dakwah berkesan mengikut zaman. Bagi menanganinya maka objektif kajian telah digariskan dalam mengenal pasti konsep pengimarahan surau daripada perspektif pihak bertanggungjawab, aktiviti pengimarahan yang bersesuaian dengan pembangunan kerohanian pelajar dan mengkaji pendekatan dakwah yang telah dilaksanakan. Kajian ini ialah satu kajian kes terhadap sekolah menengah kebangsaan harian di SMK Subang yang menjuarai Pertandingan Anugerah Surau Imarah Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan pada tahun 2016. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu dengan menggunakan kaedah temu bual terhadap 14 orang peserta kajian daripada pelbagai latar belakang. Analisis dokumen dijalankan sebagai triangulasi data. Kajian ini mendapati bahawa konsep pengimarahan surau mencakupi dua aspek iaitu fizikal dan pengisian. Didapati juga solat berjemaah menyumbang kepada aktiviti-aktiviti lain dilaksanakan kerana dapat mendisiplinkan diri, memupuk nilai-nilai positif dan menyatukan hati para pelajar menjadi lebih terpimpin. Seterusnya, pendekatan dakwah bi al-lisān, bi al-kitābah dan bi al-ḥāl perlu mengikut kesesuaian semasa. Antara implikasi kajian ini ialah memberikan penjelasan konsep pengimarahan sebenar, menyediakan aktiviti kerohanian pelajar, menggunakan pendekatan dakwah yang praktikal, membantu menurunkan kes salah laku pelajar, merapatkan ukhuwah dalam komuniti sekolah, memupuk semangat kerja berpasukan, mencetus kemenjadian pelajar, mewujudkan persekitaran yang baik dan menyediakan barisan pendakwah dalam kalangan pelajar di SMK Subang. Oleh itu, pengimarahan surau melalui program Anugerah Surau Imarah Sekolah-sekolah sangat signifikan dikaji kerana pelaksanaannya mampu melahirkan keseimbangan dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectDa'wah (Islam)-
dc.subjectMadrasahs-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePendekatan dakwah dan pembangunan rohani melalui pengimarahan surau di Sekolah Memengah Kebangsaan (SMK) Subang-
dc.typetheses-
dc.format.pages194-
dc.identifier.barcode006335(2021)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125556+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.29 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.