Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458340
Title: | Kesederhanaan dalam penggunaan air ketika berwuduk : kajian terhadap pelajar muslim di Universiti Kebangsaan Malaysia |
Authors: | Muhammad Ilham Raduan (P73378) |
Supervisor: | Mazlan Ibrahim, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Moderation -- Religious aspects -- Islam Ablutions (Islamic law) Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations. Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 1 |
Description: | Konsep kesederhanaan dalam Islam dapat menyumbang kepada alternatif resolusi terhadap pelbagai masalah lantaran Islam amat menitikberatkan tentang amalan kesederhanaan dalam semua gerak kerja yang dilakukan. Sejak kebelakangan ini, banyak berlaku aktiviti pembaziran dalam penggunaan air ketika melaksanakan aktiviti harian, begitu juga ketika menggunakan air untuk berwuduk. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap pengetahuan responden berkenaan konsep kesederhanaan dalam Islam serta pengaruhnya terhadap tahap sikap dan tahap amalan penggunaan air ketika berwuduk. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif menggunakan survei dan menjadikan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 347 responden dari kalangan pelajar yang beragama Islam di bidang Pengajian Islam dan bidang Sains Sosial, Universiti Kebangsaan Malaysia telah dipilih dalam kajian ini. Pemilihan sampel kajian adalah berdasarkan persampelan rawak mudah. Manakala, data kajian dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif dan kaedah inferensi. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan responden terhadap konsep kesederhanaan dalam Islam berada pada tahap yang tinggi walaupun berbeza latar belakang pengajian dan jantina. Begitu juga dengan tahap sikap responden dalam penggunaan air ketika berwuduk juga berada pada tahap yang tinggi tanpa mengira perbezaan latar belakang pengajian dan jantina mereka. Di samping itu, tahap amalan penggunaan air ketika berrwuduk juga berada pada tahap yang tinggi. Namun begitu, terdapat sedikit perbezaan dari sudut jantina di mana responden lelaki lebih melaksanakan kesederhanaan dalam penggunaan air berbanding responden wanita. Berdasarkan hasil kajian yang dilaksanakan menunjukkan bahawa para pelajar dari bidang Pengajian Islam dan bidang Sains Sosial mengaplikasikan konsep kesederhanaan tersebut dalam penggunaan air ketika berwuduk. Ia dibuktikan melalui petunjuk nisbah dapatan pelajar dari bidang Pengajian Islam lebih sedikit mengatasi pelajar daripada bidang Sains Sosial dalam penggunaan air ketika berwuduk. Tuntasnya, penyelidikan mengenai konsep kesederhanaan perlu diberikan penekanan yang tinggi supaya dapat menyalurkan maklumat yang tepat mengenai konsep kesederhanaan dalam masyarakat di Malaysia khususnya dalam komuniti Muslim. implikasinya, kajian ini mampu menyumbang kepada peningkatan kefahaman dan kesedaran agar masyarakat mengamalkan konsep kesederhanaan dalam setiap aktiviti khususnya dalam aspek penggunaan air ketika berwuduk.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 113 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125428+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 945.16 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.