Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458339
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNur A'thiroh Masya'il Tan, Dr.-
dc.contributor.authorAsiah Mohd Zin (P88668)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:23:21Z-
dc.date.available2023-09-13T07:23:21Z-
dc.date.issued12/06/2020-
dc.identifier.otherukmvital:125427-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458339-
dc.descriptionIsu perceraian dalam kalangan mualaf sering dikaitkan dengan kejadian murtad disebabkan keyakinan mereka terhadap Islam masih tidak begitu kukuh. Selain itu, terdapat segelintir daripada mereka yang sememangnya memeluk Islam dengan tujuan berkahwin semata-mata. Apabila hubungan perkahwinan tersebut berakhir, mereka memilih untuk kembali kepada agama asal dengan alasan tidak mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan disamping merasa kecewa terhadap perceraian yang dialami. Perkara ini membuktikan bahawa perceraian mampu mengganggu gugat pegangan akidah dan keimanan mualaf jika ianya tidak ditangani dengan bijak. Merujuk kepada permasalahan perceraian dalam kalangan mualaf, maka kajian ini dijalankan untuk mendapatkan input dan maklumat dalam mengetahui latar belakang pemelukan Islam dalam kalangan mualaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan mengkaji faktor-faktor yang menyumbang kepada perceraian mereka. Seterusnya menganalisis pendekatan yang bersesuaian dalam menangani perceraian melibatkan mualaf. Kajian ini dilakukan dalam bentuk kajian lapangan dan kajian perpustakaan. Hasil kajian ini mendapati terdapat empat faktor yang mendominasi perceraian mualaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Antaranya ialah faktor kewangan, faktor keganasan rumah tangga, faktor kurang penghayatan agama Islam dalam kehidupan seharian serta faktor perbezaan kaum. Justeru, dalam menangani isu perceraian dalam kalangan mualaf ini, hasil kajian menunjukkan pendekatan Islamiah seperti memperbaiki akhlak, meningkatkan ilmu pengetahuan dan penghayatan agama, kecekapan mengurus perbelanjaan rumah tangga serta mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling dapat menangani perceraian dalam kalangan mualaf. Kajian ini memberi implikasi yang baik terhadap mualaf, organisasi-organisasi dakwah serta kepada semua lapisan masyarakat supaya dapat mengambil iktibar, memberi bantuan dan perhatian yang sewajarnya serta berganding bahu dalam menangani kes perceraian dalam kalangan mualaf khususnya.,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPerceraian -- Kuala Lumpur-
dc.subjectMualaf -- Kuala Lumpur-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleFaktor dan pendekatan menangani penceraian dalam kalangan mualaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur-
dc.typetheses-
dc.format.pages167-
dc.identifier.barcode006332(2021)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125427+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.5 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.