Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458337
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Latifah Abdul Majid, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Nur Anis Hanani Mohd Talib (P91548) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:23:20Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:23:20Z | - |
dc.date.issued | 28/07/2020 | |
dc.identifier.other | ukmvital:125422 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458337 | - |
dc.description | Sifat malu menurut Islam adalah timbulnya keengganan melakukan perkara maksiat dan dosa kerana yakin bahawa Allah sentiasa mengawasi hambaNya. Namun, masalah sosial dalam kalangan remaja menggambarkan sifat malu telah hilang dalam diri mereka. Malah remaja lelaki lebih ramai yang terlibat dengan masalah sosial berbanding remaja wanita. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan konsep malu, amalan dan sikap pelajar lelaki terhadap konsep malu dan faktor yang mempengaruhinya. Kajian ini juga menganalisis hubungan antara tahap pengetahuan, amalan dan sikap pelajar dengan tahap tingkah laku pelajar berkaitan masalah sosial. Metodologi kajian ini adalah melalui kaedah tinjauan menggunakan instrumen soal selidik terhadap 169 orang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Nilai, Negeri Sembilan. Data yang diperoleh dianalisis dalam bentuk statistik deskriptif dan inferensi menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 22 dan Korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan konsep malu pelajar berada pada tahap sederhana dengan skor min 3.35. Begitu juga tahap amalan dan sikap pelajar terhadap konsep malu juga adalah sederhana iaitu skor min 3.44 dan min 3.42. Ibu merupakan faktor yang mempengaruhi kefahaman pelajar terhadap konsep malu dengan skor min 3.46. Manakala tahap masalah sosial pelajar lelaki adalah rendah iaitu skor min 1.64. Analisis korelasi mendapati tiada hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan konsep malu dengan masalah sosial pelajar. Namun begitu terdapat hubungan yang signifikan antara amalan dan sikap pelajar dengan masalah sosial pelajar. Secara keseluruhannya, menunjukkan bahawa pelajar mempunyai pengetahuan mengenai sifat malu namun dari segi penghayatan sifat malu dalam kehidupan mereka masih kurang. Oleh itu, penekanan terhadap kefahaman sifat malu seharusnya menjadi aspek utama dalam mendidik remaja agar mereka tidak terlibat daripada masalah sosial. Maka sifat malu perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak kecil dengan memberi pendedahan tentang keutamaan sifat malu melalui kisah-kisah para nabi dan rasul. Malah satu modul pendidikan sifat malu boleh dihasilkan supaya dapat menjadi rujukan sekolah-sekolah dalam menerapkan sifat malu kepada pelajar.,Sarjana Pengajian Islam | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Sikap pelajar | |
dc.subject | Masalah sosial | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Tahap kefahahaman konsep malu dalam Islam dan hubungannya dengan masalah sosial pelajar lelaki | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 116 | |
dc.identifier.barcode | 006329(2021) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125422+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.23 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.