Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458336
Title: Pelaksanaan dakwah Persatuan Siswazah Sabah Kota Belud
Authors: Mohd Jainudin Mohd Peran (P93696)
Supervisor: Razaleigh Muhamat, Prof. Madya Dr.
Keywords: Dakwah -- Sabah
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  5
Description: Pelaksanaan program dakwah berbentuk amar macruf nahi munkar merupakan sebahagian daripada tuntutan agama dalam hidup. Menyedari hakikat itu, Persatuan Siswazah Sabah Kota Belud merupakan NGO (Non-Goverment Organization) yang bertanggungjawab dan berusaha membantu masyarakat untuk menjadi insan yang terbaik dan menjauhi pekara-pekara munkar. Walau bagaimanapun, wujudnya permasalahan dalam pelaksanaan dakwah berbentuk amar macruf nahi munkar dalam kalangan Persatuan Siswazah Kota Belud berpunca daripada permasalahan pendakwah itu sendiri tidak dapat menghayati akhlak yang baik ataupun qudwah hasanah dalam kehidupan mereka, mempunyai masalah kekurangan kewangan menyebabkan susah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti dakwah dijalankan dengan sempurna.Bagi mengatasi masalah tersebut, perlu kajian pelaksanaan dakwah berbentuk amar macruf nahi munkar Persatuan Siswazah Sabah Kota Belud ini dijalankan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengetahui pendekatan dakwah berbentuk amar macruf nahi munkar Persatuan Siswazah Sabah, strategi pelaksanaan dan cabaran yang dihadapi. Metodologi kajian ini adalah kualitatif dengan reka bentuk kajian kes melalui proses temu bual berstruktur. Dapatan kajian ini menunjukkan pelaksanaan amar macruf nahi munkar Persatuan Siswazah Sabah Kota Belud melalui pendekatan bi al-hikmah seperti bina hubungan, penyampaian dakwah secara berperingkat-peringkat, mengetahui latar belakang sasaran, usrah dan pemberian hadiah. Selain itu pendekatan al-mawcizah al-hasanah juga turut digunakan termasuk menggunakan kaedah menasihati melalui usrah, pendekatan bi al-mujadalah juga digunakan melalui diskusi dalam usrah. Manakala, strategi khusus pelaksanaan dakwah amar macruf nahi munkar Persatuan Siswazah Sabah pula mengadakan program usrah secara mingguan, Qiamulail Bulanan dan program tahunan iaitu, Kem Remaja Islam, Kem Remaja Cemerlang dan Kem Kepimpinan. Strategi jangka panjang ialah membina kefahaman Islam dalam organisasi dan strategi jangka pendek ialah pembahagian tugas melakukan aktiviti. Cabaran dalaman dakwah amar macruf nahi munkar Persatuan dalaman Siswazah Sabah, Kota Belud dari segi prasarana, kewangan tidak mencukupi, perselisihan kefahaman dikalangan ahli, tidak mempunyai kerjasama dan cabaran luaran adalah masyarakat memandang negatif kepada Persatuan Siswazah Sabah Kota Belud. Implikasi kajian ini dapat menambah rujukan kepada pengkaji serta membantu organisasi Islam dan institusi kerajaan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi ketika berlangsungnya proses dakwah.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 242
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458336
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125419+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.71 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.