Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458331
Title: Pelaksanaan dokumentasi hibah di As-Salihin Trustee Berhad dan Amanah Raya Berhad
Authors: Siti Maryam Sahrin (P77163)
Supervisor: Md. Yazid Ahmad, Dr.
Keywords: Hibah
Harta pusaka
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  9
Description: Hibah merupakan salah satu instrumen perancangan harta yang mampu menyelesaikan masalah pembahagian harta pusaka dan juga dapat mengurangkan risiko dari berlakunya masalah pembekuan harta. Kini, terdapat pelbagai agensi yang menawarkan pelbagai produk hibah sebagai instrumen bagi merancang harta dengan baik. Di antara agensi yang menawarkan produk hibah sebagai salah satu kaedah pengagihan harta ialah As-Salihin Trustee Berhad dan Amanah Raya Berhad. Namun begitu, seiring dengan pertumbuhan industri perancangan harta yang kian berkembang pesat ini maka ia turut menyaksikan pelbagai kerenah di dalam pengurusan hibah itu sendiri terutamanya dalam pelaksanaan dokumentasi hibah. Oleh itu, ia memerlukan kepada satu penelitian di mana tujuannya adalah bagi mengelakkan dari timbulnya pelbagai isu dan juga pertikaian mengenai kesahan hibah dalam kalangan pihak waris. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengkaji kepentingan penulisan dokumen hibah dari sudut pandang Islam, mengkaji pelaksanaan dokumentasi hibah yang dijalankan di As-Salihin Trutee Berhad dan Amanah Raya Berhad dan seterusnya menganalisis perbandingan pelaksanaan dokumentasi hibah di As-Salihin Trustee Berhad dan Amanah Raya Berhad. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah pengumpulan data berdasarkan analisis kandungan dan juga temu bual separa struktur. Manakala, analisis data pula menggunakan pendekatan deskriptif, induktif dan juga deduktif. Hasil kajian mendapati pelaksanaan dokumentasi hibah yang dijalankan di As-Salihin Trustee Berhad dan Amanah Raya Berhad adalah seiring dengan kehendak syarak di mana segala peraturan adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Namun begitu, terdapat kelemahan dalam pentadbiran hibah di As-Salihin Trustee Berhad di mana ia meletakkan syarat bagi mendokumenkan hibah dengan ada sekurang-kurangnya RM1 juta aset dan caj-caj sampingan yang lain. Hal ini sudah semestinya membantutkan hasrat seseorang untuk mendokumenkan hibah berikutan halangan tersebut. Maka objektif untuk mengurangkan pembekuan harta pastinya sukar untuk dicapai dengan adanya syarat begini. Oleh itu, kajian ini memberi implikasi kepada pihak agensi perancangan harta itu sendiri supaya dapat dibuat penyelarasan berkaitan isu ini agar masyarakat dapat mengambil manfaat darinya.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 112
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125408+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.08 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.