Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458321
Title: Prinsip penentuan hukum dalam rawatan bersumberkan air kencing
Authors: Nurul Aiman Mat Abdullah (P90077)
Supervisor: Mohd Izhar Ariff, Prof Madya Dr.
Keywords: Rawatan
Air kencing
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  9
Description: Rawatan menggunakan air kencing unta yang bercampur susunya wujud sejak zaman Nabi Muhamad S.A.W. Namun, seiring dengan perkembangan ilmu perubatan, air kencing daripada manusia, lembu dan kuda turut menjadi sumber dalam perubatan moden dan alternatif. Permasalahan timbul apabila ulama berbeza pandangan dalam menentukan status kesucian air kencing haiwan yang halal dan haram dimakan dagingnya. Tambahan pula, hadis yang menganjurkan berubat dengan air kencing unta yang bercampur susunya dilihat bertentangan dengan hadis yang melarang menggunakan bahan yang haram dan najis dalam perubatan. Selain itu, dari sudut ilmu sains, rawatan ini memberi kesan positif dan negatif kepada tubuh badan manusia. Oleh itu, objektif kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pandangan ulama berkenaan hukum air kencing dan hukum rawatan yang bersumberkan air kencing. Kajian turut mengkaji manfaat serta mudarat rawatan air kencing menurut perspektif perubatan moden dan alternatif sekaligus menjana prinsip penentuan hukum dalam rawatan bersumberkan air kencing. Reka bentuk kajian kualitatif digunakan bagi menganalisis data. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen dan temubual separa struktur terhadap tiga individu iaitu seorang ahli perubatan, seorang ahli sains serta seorang agamawan. Hasil kajian mendapati bahawa hukum air kencing manusia dan haiwan yang halal dan haram dimakan dagingnya adalah najis menurut mazhab Shāfiᶜi. Manakala hukum rawatan bersumberkan air kencing ini adalah harus apabila berada dalam situasi darurat namun menjadi haram apabila digunakan di luar konteks darurat. Signifikannya, prinsip penentuan hukum rawatan yang bersumberkan air kencing yang telah dijana sebagai panduan dalam rawatan yang bersumberkan najis. Prinsip-prinsip tersebut adalah prinsip al-jam'a wa al-tawfiq (pengharmonian), prinsip darūrat (keperluan), prinsip maslahah (manfaat) dan mafsadah (mudarat) serta aplikasi maqasid syariah dalam penentuan hukum rawatan yang bersumberkan air kencing.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 128
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458321
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122318+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.51 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.