Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458303
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhammad Adib Samsudin, Dr.
dc.contributor.authorNurul Hidayah Sultan Ahmad (P85131)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:22:58Z-
dc.date.available2023-09-13T07:22:58Z-
dc.date.issued28/01/2019
dc.identifier.otherukmvital:121309
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458303-
dc.descriptionPenggunaan vaksin sebagai satu kaedah rawatan pencegahan mendapat reaksi negatif daripada golongan anti vaksin. Golongan tersebut menolak pemberian vaksin yang dibekalkan oleh pihak kerajaan. Kandungan bahan yang meragukan dan status halal vaksin menjadi sebab utama penolakan golongan anti vaksin. Di samping itu juga, keberkesanan dan keselamatan vaksin turut menjadi punca penolakan tersebut. Malah vaksin dikatakan sebagai kaedah rawatan yang bertentangan dengan prinsip Islam. Hujah yang dikemukakan oleh golongan anti vaksin adalah bertujuan untuk memelihara maslahah dan menolak sebarang mafsadah kesan vaksinasi. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk menilai hujah penolakan vaksinasi oleh golongan anti vaksin menepati ruang lingkup pemakaian maslahah, dalil maslahah dan kedudukan vaksin di sisi zat maslahah daripada pandangan pakar perundangan Islam. Bagi mencapai objektif kajian, pengkaji menggunakan metod kajian kualitatif melalui reka bentuk kajian kes. Pengumpulan data dilakukan melalui instrumen analisis kandungan yang terdiri daripada kandungan al-Quran, hadith, kitab turath serta artikel jurnal. Selain itu juga, instrumen temubual separa struktur dijalankan terhadap lima orang pakar syariah yang terdiri daripada dua orang pensyarah universiti awam dan tiga orang pakar dari jabatan mufti. Kesemua data dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati hujah penolakan vaksinasi oleh golongan anti vaksin tidak menepati dawabit maslahah sebaliknya vaksin yang dibekalkan oleh pihak kerajaan bertepatan dengan konsep pemeliharaan maslahah ammah dalam melindungi masyarakat awam dari jangkitan penyakit berbahaya sekaligus menjadikan vaksin sebagai satu maslahah yang besar dalam memelihara kepentingan nyawa dan bertepatan dengan prinsip maqasid shariah.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectVaccination -- Religious aspects -- Islam
dc.subjectAnti-vaccination movement -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleRepresentasi golongan anti vaksin terhadap maslahah menurut perspektif pakar perundangan Islam
dc.typetheses
dc.format.pages191
dc.identifier.callnoRA638.N84 2019 tesis
dc.identifier.barcode004829(2020)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121309+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.35 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.