Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458297
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Zamro Muda, Dr.
dc.contributor.authorIzzat Farith Mohamad Zamhari (P81619)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:22:55Z-
dc.date.available2023-09-13T07:22:55Z-
dc.date.issued14/09/2019
dc.identifier.otherukmvital:121303
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458297-
dc.descriptionDi Sarawak, perkara-perkara yang berkaitan dengan harta pusaka bagi masyarakat Islam adalah tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri sepertimana yang diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan iaitu Senarai 2 (Perkara 1) – Senarai Negeri dan Senarai Tambahan Negeri Sarawak. Justeru itu, disebabkan oleh tuntutan bagi peruntukan ini, empat agensi utama berperanan bagi mentadbir dan mengurus hal-hal yang berkaitan pembahagian harta pusaka bagi masyarakat Islam di Sarawak iaitu Mahkamah Tinggi Syariah, Pejabat Daerah, Amanah Raya Berhad Cawangan Sarawak dan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak. Namun begitu, bidang kuasa keempat-empat agensi ini ditentukan oleh undang-undang yang berbeza. Disebabkan oleh kepelbagaian fungsi agensi-agensi berkaitan dan undang-undang ini, khidmat peguam amat diperlukan bagi melancarkan proses tuntutan pembahagian harta pusaka bagi masyarakat Islam di Sarawak. Kajian ini memfokuskan kepada empat agensi utama dalam pentadbiran dan pembahagian harta pusaka masyarakat Islam di Sarawak iaitu Mahkamah Tinggi Syariah, Pejabat Daerah, Amanah Raya Berhad Cawangan Sarawak dan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji undang-undang dan pentadbiran harta pusaka yang diguna pakai oleh masyarakat Islam di Sarawak sebelum dan selepas merdeka dan mengkaji peranan empat agensi utama yang telah dipertanggungjawab untuk mentadbir dan mengurus hal-hal yang berkaitan pembahagian harta pusaka masyarakat Islam di Sarawak. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis prosedur atau proses tuntutan pembahagian harta pusaka masyarakat Islam di Sarawak. Kajian ini merupakan kajian analisis kandungan yang menggunakan kaedah analisis dokumen dan temubual separa berstruktur sebagai kaedah sokongan pengumpulan data. Hasil data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan pendekatan deskriptif dan komparatif. Hasil kajian mendapati pentadbiran dan pembahagian harta pusaka bagi masyarakat Islam di Sarawak terbahagi kepada dua kategori iaitu bumiptera dan bukan bumiputera. Golongan bumiptera dan bukan bumiputera perlu mengikut kepelbagaian prosedur yang telah digariskan oleh keempat-empat agensi utama ini. Oleh yang demikian, urusan pembahagian harta pusaka khususnya bagi masyarakat Islam di Sarawak sukar untuk diselesaikan, manakala kos pengurusan pula semakin bertambah kesan daripada kepelbagaian prosedur ini. Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah terbatas kepada pentadbiran harta pusaka iaitu dengan hanya menentukan bahagian setiap waris mengikut undang-undang Islam dan mengeluarkan Sijil Faraid atau Perintah Faraid. Manakala urusan pemindahan hak milik harta pusaka si mati adalah peranan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak yang merupakan satu-satunya agensi yang mengurus dan mentadbir tanah di negeri ini. Hasil kajian ini memberi implikasi penting ke atas kesemua agensi yang terlibat dengan pentadbiran dan pembahagian harta pusaka bagi masyarakat Islam di Sarawak iaitu Mahkamah Tinggi Syariah, Pejabat Daerah, Amanah Raya Berhad Cawangan Sarawak dan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak di mana usaha penambahbaikan ke atas prosedur dan kos pengurusan bagi pembahagian harta pusaka perlu dilakukan oleh empat agensi utama ini untuk mengurangkan beban kewangan waris yang membuat tuntutan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectHarta pusaka
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePemakaian undang-undang dan pentadbiran harta pusaka masyarakat Islam di Sarawak
dc.typetheses
dc.format.pages205
dc.identifier.barcode004822(2020)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121303+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.03 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.