Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458292
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorA'dawiyah Ismail, Dr.
dc.contributor.authorNor Aina Baharudin (P78738)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:22:53Z-
dc.date.available2023-09-13T07:22:53Z-
dc.date.issued16/08/2019
dc.identifier.otherukmvital:121298
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458292-
dc.descriptionProses penyampaian dakwah mempunyai pelbagai pendekatan. Masalah utama yang menjadi penghalang kepada dakwah ialah pendekatan yang kurang sesuai digunakan. Pendekatan yang kurang bersesuaian akan menyebabkan dakwah yang disampaikan kurang berkesan. Kegagalan pendekatan dakwah dapat dilihat daripada bekas penghuni di mana-mana pusat tahanan atau pemulihan kembali melakukan kesalahan mereka yang lalu. Justeru, penggunaan pendekatan dakwah yang bersesuaian sangat penting di pusat-pusat pemulihan. Kajian ini bertujuan mengkaji penerimaan penghuni terhadap pendekatan dakwah di PPW MAIJ. Terdapat tiga objektif kajian iaitu mengenal pasti faktor kemasukan penghuni ke Pusat Perlindungan Wanita MAIJ, mengenal pasti pendekatan dakwah yang digunakan di PPW MAIJ dan menganalisis penerimaan penghuni terhadap pendekatan dakwah berdasarkan program yang dijalankan di PPW MAIJ. Reka bentuk kajian ini ialah kualitatif yang berbentuk kajian kes. Borang protokol temubual merupakan instrumen utama yang digunakan dalam mendapatkan data. Data-data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati penghuni dapat menerima program dakwah dengan baik. Hal ini dapat dilihat melalui amalan-amalan penghuni sepanjang mengikuti program dakwah seperti menunaikan solat lima waktu secara berjemaah serta berbuat baik antara penghuni PPW MAIJ.Selain itu, terdapat penghuni yang berjaya tamat mengikuti program dakwah di sini dapat menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Terdapat lima cadangan penambaikan program dakwah di PPW MAIJ iaitu, menyediakan pembantu khas bagi menjaga bayi ketika ibu mereka sedang menyertai program, mencari penceramah yang sesuai, mengadakan jalinan kerjasama dengan institusi luar dalam mengadakan program dakwah agar boleh mempelbagaikan metod dakwah, membuat taklimat dan penerangan program kepada peserta sebelum memulakan program serta merancang program yang sesuai,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectDakwah
dc.subjectPusat perlindungan wanita
dc.subjectMajlis Agama Islam Johor (PPW MAIJ)
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePenerimaan program dakwah di pusat perlindungan wanita Majlis Agama Islam Johor (PPW MAIJ)
dc.typetheses
dc.format.pages110
dc.identifier.barcode004817(2020)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121298+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.86 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.