Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458276
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim, Prof. Madya Dato' Dr. | - |
dc.contributor.author | Nur Aimuni Awang Ludin (P73350) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:22:44Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:22:44Z | - |
dc.date.issued | 15/02/2019 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:121045 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458276 | - |
dc.description | Hymen repair atau hymen reconstruction merupakan istilah dalam bidang perubatan merujuk kepada pembedahan kosmetik bagi memulihkan selaput dara yang koyak atau rosak supaya kembali kepada bentuk dan fungsinya yang asal. Sesetengah budaya dan kelompok masyarakat menganggap kewujudan selaput dara merupakan lambang kesucian seorang wanita sebelum berkahwin adalah penting walhal konsep kewujudan selaput dara perlu dilihat dari sudut perubatan dan hukum Islam. Hal ini kerana wujudnya hukuman atau kekerasan yang dilakukan terhadap gadis-gadis yang tidak mempunyai selaput dara seperti jenayah “honour killing”. Oleh itu objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti konsep selaput dara dari sudut perubatan dan Islam, dan turut mengkaji isu serta permasalahan selaput dara. Kajian ini juga bertujuan menganalisis aplikasi penentuan hukum pembedahan selaput dara mengikut turutan maqasid shariᶜah berdasarkan hujah para fuqaha. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan metode kualitatif berbentuk analisis kandungan bagi mendapatkan data-data. Manakala kaedah pengumpulan data pula menggunakan kaedah analisis dokumen dan kaedah temu bual separa struktur terhadap seorang doktor pakar sakit puan dari Hospital Besar Kuala Terengganu. Kajian ini menggunakan kaedah berbentuk deskriptif bagi menganalisis data yang dikumpulkan. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa, kewujudan atau kehilangan selaput dara tidak boleh dijadikan ukuran kesucian seorang wanita. Ini kerana, selaput dara boleh hilang atau koyak bukan hanya akibat daripada hubungan seks, tetapi boleh juga terjadi akibat daripada faktor lain seperti kemalangan. Terdapat tiga turutan tahap keperluan pemebedahan selaput dara berdasarkan maqasid shariᶜah iaitu al-darurriyyah, al-hajiyyah dan al-tahsiniyyah. Pembedahan yang dilakukan berdasarkan tahap al-?darurriyyah adalah wajib dan yang berada pada tahap al-hajiyyah adalah harus dilakukan. Manakala pembedahan yang berada pada tahap al-tahsiniyyah adalah haram jika dilakukan untuk kecantikan dan nafsu semata-mata. Kajian ini memberikan implikasi yang penting kepada wanita yang berhajat melakukan pembedahan selaput dara dan juga pakar perubatan agar dapat mengetahui hukum pembedahan berdasarkan keperluan untuk dijadikan panduan dan rujukan samada pembedahan ini boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Penentuan hukum | - |
dc.subject | Selaput dara | - |
dc.subject | Pembedahan | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Penentuan hukum pembedahan pemulihan selaput dara menurut maqasid syariah | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 109 | - |
dc.identifier.barcode | 004809(2020) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121045+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.48 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.