Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458272
Title: Kekuatan tempur Janissari dalam transformasi ketenteraan Uthmaniyyah (1300-1600M)
Authors: Suhaimi Sidek (P91752)
Supervisor: Ezad Azraai Jamsari
Keywords: Ketenteraan Uthmaniyyah
Janissari
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  20
Description: Bertitik tolak daripada garapan Atun dan Aya yang menegaskan bahawa kor Janissari merupakan tonggak kekuatan ketenteraan ᶜUthmāniyyah pada peringkat awal pembentukannya. Organisasi ketenteraan ini menunjukkan kebitaraan dan kecemerlangan tentera elit dalam perluasan wilayah Uthmāniyyah pada abad ke-14 hingga ke-16M. Justeru, kekuatan dan keunggulan kor ini merupakan teras kepada pembentukan angkatan tetap dalam proses transformasi ketenteraan Uthmāniyyah. Mutu disiplin dan semangat kerjasama dalam kalangan mereka berupaya membentuk 'kekuatan tempur' bagi kor terpenting dalam Kerajaan Uthmāniyyah hingga berjaya menawan kota Konstantinopel. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk meneliti konsep 'kekuatan tempur' menerusi pengamatan bidang sejarah ketenteraan, di samping mengamati sejarah perkembangan kor Janissari dalam ketenteraan Uthmāniyyah. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis aspek 'kekuatan tempur' Janissari dalam transformasi ketenteraan Uthmāniyyah. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif menerusi reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Bagi kaedah pengumpulan data, data kajian ini dikumpul menggunakan analisis dokumen dengan penelitian terhadap sumber-sumber primer dan sekunder. Manakala bagi kaedah analisis data, kajian ini selanjutnya menggunakan pendekatan kritikan luaran dan kritikan dalaman. Dapatan kajian ini menghujahkan bahawa penubuhan Janissari adalah transisi kepada transformasi ketenteraan dalam Kerajaan Uthmāniyyah. Motif utama penubuhan kor ini oleh Kerajaan Uthmāniyyah adalah untuk meluaskan pemerintahannya dan seterusnya membuka kota Konstantinopel. Penubuhan Janissari merupakan langkah awal sebelum perkembangan kor-kor teknikal dan juga tentera elit berkuda, kapikulu. Dengan berbekalkan tiga elemen utama sebagai paksi kepada 'kekuatan tempur' Janissari, iaitu elemen intelektual yang membina aspirasi jati diri watan, elemen moral yang membekalkan semangat untuk bertempur serta elemen fizikal untuk persiapan Janissari mengharungi peperangan. Sumbangan kajian ini dapat mendukung pengetahuan dalam kalangan para pengkaji sejarah dan tamadun Islam berkenaan perihal 'kekuatan tempur' Janissari dalam transformasi ketenteraan Uthmāniyyah serta membantu memberi pencerahan terhadap isu relatif dan signifikan dalam bidang sejarah ketenteraan Islam era Uthmāni.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 182
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121040+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.12 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.