Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458271
Title: Rawatan skizofrenia melalui terapi ruqyah di Darussyifa' Kuala Terengganu
Authors: Sobirah Huda Norma (P78740)
Supervisor: Muhd Najib Abdul Kadir, Prof. Dr.
Keywords: Rawatan
Skizofrenia
Darussyifa' Kuala Terengganu
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  1
Description: Skizofrenia merupakan satu keadaan gangguan mental yang boleh mengundang perubahan personaliti sehingga boleh menghilangkan tahap kesedaran serta mempengaruhi aktiviti harian seseorang. Rawatan moden dan ubat antipsikotik yang ada hanya mampu mengurangkan gejala skizofrenia. Malah kadang-kadang ia boleh mendatangkan kesan sampingan kepada pesakit. Selain hanya mampu menenangkan pesakit. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti dan mengkaji definisi, ciri-ciri, jenis-jenis dan punca skizofrenia, di samping menganalisis kaedah rawatan terapi ruqyah pada pesakit skizofrenia. Bagi mencapai tujuan kajian, Darussyifa' Kuala Terengganu telah dipilih sebagai lokasi kajian. Kajian yang dijalankan ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan metod temu bual dan analisa dokumen secara deskriptif dalam mendapatkan data. Kajian ini juga merupakan kajian kes yang mengkaji tentang individu, program dan proses iaitu perawat Darussyifa' Kuala Terengganu dan kaedah rawatan terapi ruqyah. Seramai 5 orang perawat telah dipilih sebagai informan dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa faktor yang menjadi punca pencetus skizofrenia seperti gangguan sel-sel tubuh, psikologi, sosio-budaya, genetik, penyalah gunaan ubat-ubatan dan gangguan makhluk halus. Terapi ruqyah didapati boleh memulihkan pesakit skizofrenia dan dijadikan sebagai rawatan alternatif selain rawatan moden. Diharapkan kajian ini dapat memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai skizofrenia dan menjadi rujukan dan sumbangan dalam bidang kajian perubatan Islam.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 134
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121039+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
658.37 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.