Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458263
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Kamal Mujani, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorZuriani Ibhrim (P78721)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:22:36Z-
dc.date.available2023-09-13T07:22:36Z-
dc.date.issued27/07/2019-
dc.identifier.otherukmvital:120922-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458263-
dc.descriptionPada kurun ke-13M, Sultan al-Zahir Baybars merupakan tokoh pemerintah kerajaan Mamluk Bahri di Mesir. Beliau menduduki takhta kerajaan Mamluk pada tahun 658H/1260M sehingga 675H/1277M. Sebelum menjadi sultan Mesir, beliau adalah hamba yang dibeli oleh cAla' al-Din Aydakin al-Bunduqdari. Kesukaran beliau menempuh onak duri menjadi hamba, mengajar beliau menjadi seorang yang kuat dan berani. Kesukaran tersebut telah membentuk keperibadian beliau menjadi seorang panglima perang yang hebat dan tabah ketika mencurah bakti kepada tuannya. Beliau berjaya menguasai Mesir dan Syria selepas membunuh Sultan Muzaffar Sayf al-Din Qutuz pada tahun 657H/1259M. Selepas kejadian tersebut, beliau diangkat menjadi pemerintah Mesir yang hebat dan agung. Kajian ini, penulis memberi fokus kepada strategi Baybars ketika ekspedisi menentang tentera Salib dan tentera Mongol. Kedua-dua pasukan ini merupakan musuh Islam yang paling digeruni oleh tentera dan umat Islam. Tambahan pula, tentera Salib dan Mongol telah menjalinkan hubungan rapat untuk melenyapkan khilafah Islam seperti di Baghdad. Tindakan itu, menyebabkan Baybars dan tentera Islam berusaha sedaya upaya, menggagalkan misi dan matlamat mereka daripada menakluki dan memasuki negara-negara Islam yang lain seperti Syria, Palestin, Mesir dan sekitarnya. Objektif kajian ini adalah mengkaji latar belakang kehidupan Sultan al-Zahir Baybars dan ekspedisi gerakan peperangan beliau sewaktu melancarkan serangan terhadap tentera Salib dan Mongol. Selain itu, penulis turut menganalisa tentang strategi perang, perbandingan strategi perang tentera Salib dan Mongol serta faktor-faktor kejayaan Sultan al-Zahir Baybars menentang tentera Salib dan tentera Mongol. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dan menggunakan pendekatan penyelidikan perpustakaan dan analisis dokumen dengan mengkaji, menganalisis serta menyelidik kandungan teks dari sumber primer dan sekunder. Hasil kajian, penulis mendapati strategi perang yang dilancarkan oleh Sultan al-Zahir Baybars, berjaya mengusir tentera Salib dan Mongol keluar dari wilayah Islam di Mesir dan Syria. Baybars telah membuat persediaan awal dan menggunakan taktik dan teknik peperangan yang berkesan ketika membuat serangan menentang tentera Salib dan tentera Mongol. Kemampuan dan keupayaan Baybars mengatur strategi perang telah menyelamatkan wilayah Syria dan Mesir daripada jatuh ke tangan tentera Salib dan tentera Mongol. Baybars turut membuat risikan untuk mencari kelemahan dan kekuatan musuh serta membuat perjanjian damai dengan kerajaan luar sebagai salah satu strategi beliau selain bertempur dalam peperangan. Hasil kajian ini, memberi implikasi penting dan dapat mengukur tahap keupayaan seorang pemimpin dan panglima tentera yang hebat. Baybars berjaya mengembalikan keadaan umat Islam yang berada dalam kehancuran. Kajian ini mampu menjadi panduan sama ada golongan pengkaji, sejarawan, pelajar, pemimpin panglima tentera atau jabatan pertahanan yang mana mereka boleh mempelajari tentang pelbagai teknik dalam menyusun strategi awal ketika berhadapan dengan musuh.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana (Pengajian Islam)-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectEgypt -- History-
dc.titleStrategi peperangan Sultan al-Zahir Baybars menentang tentera salib dan tentera mongol-
dc.typetheses-
dc.format.pages173-
dc.identifier.callnoDT96.B28Z837 2019 tesis-
dc.identifier.barcode002938 (2019)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120922+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.44 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.