Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458259
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorA'dawiyah Ismail, Dr.
dc.contributor.authorMaryam Che Yusoff Shauki (P78685)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:22:33Z-
dc.date.available2023-09-13T07:22:33Z-
dc.date.issued27/07/2019
dc.identifier.otherukmvital:120912
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458259-
dc.descriptionWanita berkerjaya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik anak-anak yang semakin mencabar dalam meniti arus kemodenan ini. Malaysia digemparkan dengan masalah jenayah seksual kanak-kanak bawah umur (pedofilia). Namun, wanita berkerjaya amat terkesan untuk melaksanakan tanggungjawab terutamanya dalam memberi pendidikan anak-anak untuk memastikan mereka terhindari dari berlakunya pedofilia. Oleh itu, tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti pendekatan wanita berkerjaya mendidik anak-anak menurut Islam, mengkaji masalah pedofilia memberi kesan terhadap anak-anak dan menganalisis pendekatan wanita berkerjaya mendidik terhadap anak-anak dalam menangani masalah pedofilia menurut Islam. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif yang berbentuk kajian tinjauan (survey research) dengan menggunakan instrumen borang soal selidik terhadap 388 responden dalam kalangan wanita berkerjaya di Bandaraya Shah Alam. Data-data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian komputer SPSS version 23. Dapatan kajian menunjukkan pendekatan wanita berkerjaya dalam mendidik anak-anak menurut Islam adalah anakanak perlu diajar menguasai ilmu fardhu ain (min=3.74), mengajar menghormati orang tua (min=3.74), berdoa kepada Allah SWT (min=3.71) dan menasihati supaya memilih teman yang baik (min=3.71). Kajian ini juga mendapati pengetahuan wanita berkerjaya tentang masalah pedofilia memberi kesan terhadap anak-anak adalah sukar dikenalpasti pedofilia melalui kelakuan zahir (min=3.43), media elektronik sumber utama pedofilia (min=3.40), pedofilia mendekati anak-anak dengan menunjukkan keprihatinan (min=3.39). Seterusnya, kajian juga mendapati pendekatan wanita berkerjaya dalam menangani masalah pedofilia menurut Islam adalah dengan menasihati supaya anakanak berjalan bersama ahli keluarga ketika berada di luar (min=3.74), bertegas tidak mengikuti orang yang tidak dikenali (min=3.73), menyekat laman-laman sosial berunsur pornografi (min=3.71) dan mengajar bahagian sensitif yang tidak boleh disentuh orang lain (min=3.70). Implikasi ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada wanita berkerjaya, keluarga dan masyarakat dalam memahami peranan mendidik anak-anak untuk menangani pedofilia. Kajian ini juga penting untuk membantu Malaysia khususnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam membina dasar keselamatan dan perlindungan untuk membendung masalah pedofilia ke atas kanak-kanak.,Tesis ini tiada 'Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah',Sarjana (Pengajian Islam)
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectSex instruction for children -- Religious aspects -- Islam
dc.subjectPedophilia
dc.titlePendekatan wanita berkerjaya dalam mendidik anak-anak bagi menangani Pedofilia menurut Islam
dc.typetheses
dc.format.pages144
dc.identifier.callnoHQ57.M347 2019 tesis
dc.identifier.barcode002930 (2012)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120912+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
32.22 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.