Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458239
Title: | Aplikasi bioteknologi moden tumbuhan menurut perspektif Islam |
Authors: | Siti Fairuz Sujak (P46912) |
Supervisor: | Latifah Amin, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Genetically modified foods-Religious aspects-Islam Dissertations Academic-Malaysia Food-Biotechnology-Religious aspects-Islam Transgenic plants-Religious aspects-Islam |
Issue Date: | 9 |
Description: | Pembangunan bioteknologi moden tumbuhan menerusi teknik kejuruteraan genetik merupakan salah satu kaedah bagi menambahbaikan mutu tanaman dari segi kualiti dan kuantiti. Namun, perdebatan tentang manfaat dan risikonya serta batas yang dibenarkan boleh membantutkan usaha pembangunan bioteknologi moden tumbuhan di Malaysia dan negara-negara Islam lain. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji prinsip Islam secara umum dan mengenal pasti status hukum yang dibenarkan oleh Islam dalam beberapa aplikasi bioteknologi moden tumbuhan yang melibatkan pemindahan gen merentas spesis serta menganalisis percanggahan manfaat dan mudarat yang diperdebatkan dalam bioteknologi moden tumbuhan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi analisis kaedah kajian kepustakaan dan kaedah lapangan yang melibatkan kajian fokus serta temubual. Kajian ini menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber rujukan utama untuk memastikan bioteknologi moden tumbuhan mencapai pemeliharaan terhadap maqasid al-shari'ah (objektif syariah) iaitu pemeliharaan terhadap agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Tambahan pula, kaedah fiqah digunakan untuk mengukuhkan hujah yang telah dibuat. Dapatan hasil kajian mendapati, aplikasi bioteknologi moden tumbuhan adalah dibenarkan dalam Islam secara bersyarat. Kebenaran untuk mengubahsuai dan menambahbaik tumbuhan dalam Islam mestilah tidak sampai melanggar batas sunnah Allah dan batas syariah. Batas sunnah Allah boleh diketahui apabila berlakunya bencana alam yang secara langsung memberi isyarat bahawa sesuatu tindakan yang dilakukan tersebut telah melanggar tabii alam semula jadi yang perlu dihentikan. Manakala batas syariah memerlukan aplikasi bioteknologi moden tumbuhan bertepatan dengan konsep halalan tayyiban. Percanggahan dalam manfaat dan risiko bioteknologi moden tumbuhan pula boleh ditangani menerusi penyelesaian dalam maqasid al-shari'ah, yang menggunakan pendekatan kaedah menolak aspek negatif disamping pengekalan dan penambahbaikkan aspek positif serta kaedah pentarjihan. Kedua-dua kaedah ini merumuskan bahawa jika sesuatu aplikasi bioteknologi moden tumbuhan memberi manfaat yang besar kepada semua manusia tanpa sebarang risiko terhadap lima objektif syariah maka penggunaan produk tersebut dibenarkan. Sebaliknya, jika produk tersebut terbukti memberi kesan mudarat kepada lima objektif syariah, maka penggunaannya adalah dilarang. Manakala jika produk tersebut memberi manfaat tetapi menimbulkan risiko yang tidak pasti maka kebenaran untuk menggunakan produk tersebut mestilah ditangguhkan terlebih dahulu sehingga mempunyai bukti yang cukup tentang keselamatannya terhadap manusia dan alam sekitar. Hasil kajian ini boleh digunakan sebagai panduan Islam tentang status yang dibenarkan dalam aplikasi bioteknologi moden tumbuhan kepada pembuat dasar, badan-badan pengawalan bioteknologi, saintis dan orang awam. Kajian lanjutan adalah disarankan untuk menganalisis aspek manfaat dan penilaian risiko produk bioteknologi moden tumbuhan secara lebih terperinci dan menyeluruh dari segi saintifik dan impak sosio-ekonominya kepada lima objektif syariah. Kajian kes semasa bioteknologi moden tumbuhan yang lebih mendalam perlu dilakukan kerana hukum boleh berubah berdasarkan keadaan dan maklumat semasa yang berlaku,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 229 |
Call Number: | BP190.5.T726S55 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120712+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.33 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.