Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458236
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Zamro Muda, Dr.-
dc.contributor.authorAdilah Mohd Sa'afie (P82445)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:22:20Z-
dc.date.available2023-09-13T07:22:20Z-
dc.date.issued02/05/2019-
dc.identifier.otherukmvital:120658-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458236-
dc.descriptionPerkembangan hibah dalam perancangan harta mula berlaku dengan wujudnya pelbagai institusi yang menjadikan hibah sebagai salah satu produk dalam perancangan harta. Banyak institusi yang wujud seperti Wasiyyah Shoppe Berhad, CIMB Trustee dan As-Salihin Trustee Berhad yang menggunapakai pelbagai kaedah dalam melaksanakan produk hibah seperti hibah yang digabungkan dengan kontrak amanah. Berikutan itu, timbulnya kekeliruan kepada masyarakat terhadap perbezaan antara institusi ini dan juga kepelbagaian produk yang ada. Kajian ini memfokuskan kepada dua syarikat yang terkehadapan dan aktif dalam perancangan harta iaitu Wasiyyah Shoppe Berhad dan As-Salihin Trustee Berhad. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kaedah pengendalian pengurusan hibah di Wasiyyah Shoppe Berhad dan As-Salihin Trustee Berhad. Di samping itu, kajian ini bertujuan mengkaji persamaan dan perbezaan produk hibah serta kaedah pengendalian hibah sekaligus menganalisis kesan pengurusan hibah yang dilaksanakan di Wasiyyah Shoppe Berhad dan As-Salihin Trustee Berhad. Kajian ini merupakan kajian analisis kandungan yang menggunakan pendekatan kaedah analisis dokumen, kajian kes dan temu bual dalam pengumpulan data. Selain itu, data-data yang dikumpulkan dianalisis melalui pendekatan deskriptif dan komparatif. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan dari aspek kontrak, rukun hibah dan al-qabd dalam produk hibah dikedua-dua syarikat. Selain itu, dari sudut pengurusan, aspek persamaan dilihat daripada matlamat penubuhan syarikat, jawatankuasa Penasihat Syariah, pelantikan perunding dan pengurusan dokumentasi. Manakala aspek perbezaan dilihat dari aspek undang-undang yang terpakai, peranan syarikat, kaedah pengurusan dan penyimpanan dokumen. Walaupun terdapat banyak perbezaan, pengendalian produk hibah ini memperlihatkan sesuatu yang positif apabila mahkamah telah memberi pengesahan hibah terhadap kes yang dibawa dari kedua-dua syarikat ini. Hasil kajian ini memberi implikasi yang penting kepada pihak kerajaan dalam mewujudkan satu garis panduan hibah yang menjadi rujukan kepada syarikat-syarikat dan masyarakat khususnya berikutan pengesahan hibah yang dilakukan di mahkamah yang sehingga kini hanya tertakluk kepada pandangan hakim semata-mata.,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPengurusan hibah-
dc.subjectWasiyyah Shoppe Berhad-
dc.subjectAs-Salihin Trustee Berhad-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePengurusan hibah di Wasiyyah Shoppe Berhad dan As-Salihin Trustee Berhad-
dc.typetheses-
dc.format.pages168-
dc.identifier.barcode004734(2020)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120658+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.69 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_120658+SOURCE2+SOURCE2.0.PDF
  Restricted Access
6.69 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.