Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458234
Title: Konsep tauhid menurut kitab tasawuf al-Hikam al-Sayyid Ahmad al-Rifai
Authors: Mohd Zulhafizi Salim (P81810)
Supervisor: Wan Haslan Khairuddin, Dr.
Keywords: al-Hikam al-Sayyid Ahmad al-Rifai
Kitab tasawuf
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  5
Description: Kajian tesis ini merupakan analisis terhadap kitab al-Hikam karya al-Sayyid Ahmad al-Rifāī (512–578H). Dalam kajian ini, konsep tauhid di dalam kitab al-Hikam dipilih sebagai fokus utama dan subjek kajian. Al-Hikam karya al-Sayyid Ahmad al-Rifāī merupakan karya yang begitu bernilai di dalam dunia tasawuf. Kajian secara spesifik dilakukan untuk meneliti latar belakang pengarang al-Hikam iaitu al-Sayyid Ahmad al-Rifāī, menganalisis kandungan kitab al-Hikam dan mengkaji konsep tauhid yang terdapat di dalam karya ini. Objektif kajian ini dicapai menggunakan metode kualitatif dengan reka bentuk kajian analisis kandungan. Pengumpulan data dilakukan melalui sumber-sumber primer dan sekunder kemudian di analisis melalui analisis induktif, deduktif dan perbandingan. Dapatan kajian merumuskan bahawa al-Sayyid Ahmad al-Rifāī merupakan seorang tokoh ilmuan islam yang agung. Begitu juga al-Hikam karya beliau merupakan khazanah penting yang perlu diberikan perhatian di dalam pengajaran ilmu tasawuf. Selain itu, dapatan merumuskan bahawa al-Sayyid Ahmad al-Rifāī merupakan tokoh sufi yang begitu tegas di dalam memelihara kesucian ilmu tasawuf yang bertentangan dengan ajaran tauhid. Konsep yang begitu jelas dipersembahkan oleh beliau di dalam karya al-Hikam seperti penolakan terhadap konsep Wahdat al-Wujud bahkan beliau sentiasa menekankan tauhid di dalam berdoa kepada Allah SWT sehingga mengharamkan seseorang beriktikad guru dan para wali yang dianggap dapat memberi manfaat serta mentadbir alam. Bukan sekadar itu, beliau telah menggariskan bahawasanya tasawuf mempunyai hubung kait yang jelas dengan syariat dan barangsiapa yang meninggalkan syariat maka dia telah terkeluar daripada ajaran tasawuf. Implikasi daripada kajian ini menjelaskan bahawa tasawuf merupakan keperluan bagi setiap Muslim dan ajaran tasawuf yang hakiki adalah berlandaskan kepada prinsip tauhid dan kepatuhan terhadap syariat.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 95
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120657+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.66 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.