Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458233
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Prof. Madya Dato' Dr. | - |
dc.contributor.author | Rabi'Atul Adawiyah Abdul Khalil (P87043) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:22:18Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:22:18Z | - |
dc.date.issued | 21/05/2019 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:120656 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458233 | - |
dc.description | Rawatan kecantikan merupakan prosedur yang mampu mengubah kecantikan rupa paras manusia serta membantu menutup keaiban atau kecacatan. Namun, seiring dengan prosedur ini ia sering berkait rapat dengan konsep mengubah ciptaan Allah dan sesetengah rawatan tidak memenuhi tuntutan syariat Islam. Maka, kajian mengenai parameter mengubah ciptaan Allah sebagai garis panduan dalam mendapatkan sesuatu rawatan amatlah penting dan akan dibincangkan di dalam kajian ini. Kini, permasalahan timbul apabila teknologi terkini memperkenalkan pelbagai jenis rawatan kecantikan. Namun, penentuan pengubahan yang dilarang masih tidak jelas, begitu juga dengan parameter mengubah ciptaan Allah. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji konsep pengubahan ciptaan Allah menurut nas dari al-Quran dan Sunnah. Seterusnya, hasil dari kajian tersebut, parameter pengubahan ciptaan Allah akan dicadangkan serta diteliti parameter ini dalam rawatan kecantikan semasa. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan kaedah analisis kandungan. Bagi menganalisis data-data yang dikumpul, pendekatan diskriptif dan komparatif telah digunakan. Hasil kajian mendapati rawatan-rawatan yang hanya bertujuan untuk menambah kecantikan semata-mata dan rawatan yang membawa unsur penipuan adalah haram. Hukum setiap rawatan sama ada dibenarkan atau tidak dilihat dari aspek tujuan ia dilakukan, tidak memudharatkan dan dari bahan yang digunakan. Diharapkan hasil kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak yang berkepentingan sebagai garis panduan kepada Muslim dalam mendapatkan rawatan-rawatan kecantikan yang berkonsep mengubah ciptaan Allah.,Sarjana Pengajian Islam | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Rawatan kecantikan | - |
dc.subject | Ubah ciptaan Allah | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Analisis rawatan kecantikan muka berdasarkan parameter pengubahan ciptaan Allah | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 95 | - |
dc.identifier.barcode | 004732(2020) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120656+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.53 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.