Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458232
Title: | Pengaruh motif penggunaan instagram terhadap kesedaran Islam dan perubahan tingkah laku |
Authors: | Rohana Zakaria (P88166) |
Supervisor: | Muhamad Faisal Ashaari, Dr. |
Keywords: | Social media -- Religious aspects -- Islam Da'wah (Islam) Instagram (Online social network) Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 21 |
Description: | Instagram merupakan aplikasi sosial berasaskan gambar yang paling popular di Malaysia, terutama dalam kalangan generasi muda. Pada perspektif dakwah, penggunaan Instagram bukan sekadar untuk berkomunikasi, tetapi juga untuk membawa perubahan kepada kesedaran Islam dan perubahan tingkah laku. Motif penggunaan sama ada motif kerohanian atau bukan kerohanian memainkan peranan yang penting dalam menentukan kesan yang diperolehi. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti motif penggunaan Instagram serta pengaruhnya terhadap kesedaran Islam dan perubahan tingkah laku dalam kalangan mahasiswa. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk tinjauan di mana soal selidik adalah instrumen utama untuk mengumpulkan data. Seramai 553 responden telah pilih secara rawak dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia . Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23 dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, peratusan, min serta kolerasi pearson dan regresi. Dapatan kajian mendapati bagi motif penggunaan Instagram, responden menggunakannya untuk mencari motif informasi (tujuan kerohanian) dan motif sosial (tujuan bukan kerohanian). Dari segi kesan penggunaannya, nilai min berada pada tahap yang tinggi untuk kesedaran Islam dan tahap yang sederhana untuk perubahan tingkah laku. Manakala dari segi hubungan antara keduanya, nilai korelasi pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara motif dengan kesedaran Islam (r=0.359) dan perubahan tingkah laku (r=0.517). Hasil ujian regresi pula mendapati motif penggunaan memberikan pengaruh sebanyak 12.9% terhadap kesedaran Islam dan 26.7% terhadap perubahan tingkah laku responden. Secara keseluruhannya, dapatan ini menunjukkan bahawa motif penggunaan Instagram memberikan pengaruh positif terhadap kesedaran Islam dan perubahan tingkah laku responden. Kajian ini diharapkan dapat menyumbangkan kepada peningkatan pendekatan dakwah menggunakan perantaraan gambar di media sosial terutamanya Instagram.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 132 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120655+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.74 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.