Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458231
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKaseh Abu Bakar, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorMasyitoh Yaacob (P88590)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:22:17Z-
dc.date.available2023-09-13T07:22:17Z-
dc.date.issued2018-
dc.identifier.otherukmvital:120653-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458231-
dc.descriptionPendekatan pengajaran berpusatkan pelajar didapati memberi kesan positif kepada pengajaran kemahiran bertutur sesuatu bahasa. Namun begitu, pendekatan pengajaran ini masih kurang digunakan dalam pengajaran kemahiran bertutur bahasa Arab. Oleh sebab itu, kajian ini dilaksanakan untuk menjelaskan proses pelaksanaan pengajaran berpusatkan pelajar melalui coaching dan mentoring dalam pengajaran kemahiran bertutur bahasa Arab. Selain itu, persepsi peserta kajian tentang kesan pendekatan pengajaran ini dalam pemerolehan kemahiran bertutur bahasa Arab lisan juga dinilai. Kajian ini turut mengenal pasti kekuatan pendekatan pengajaran dan penambahbaikan yang perlu dilakukan terhadapnya. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes tunggal. Peserta kajian ini terdiri daripada seorang pensyarah dan 21 orang pelajar prasiswazah tahun tiga sesi pengajian 2016/2017 di JPATI, FPI, UKM yang terlibat dalam kursus PPPJ3503 Bahasa Arab Lisan. Data kajian ini diperoleh melalui kaedah temu bual individu, temu bual kumpulan fokus, analisis dokumen dan soal selidik. Semua data kualitatif kajian dianalisis dengan menggunakan perisian ATLAS.ti 8.0 manakala data kuantitatif dianalisis secara manual. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat lima komponen utama dalam proses pelaksanaan pengajaran ini iaitu komponen persediaan psikologi, pengumpulan bahasa, pengukuhan bahasa, penggunaan bahasa dan penilaian bahasa. Para peserta kajian memberikan persepsi yang bagus terhadap pendekatan pengajaran ini apabila hampir semua peserta kajian telah mengalami peningkatan antara 30%-100% dari sudut kesanggupan berkomunikasi, pengurangan kebimbangan bertutur, keyakinan linguistik, kecekapan bertutur dan postur antarabangsa. Manakala kekuatan pendekatan pengajaran ini terletak pada peningkatan kecekapan bertutur bahasa Arab, peranan pensyarah dalam coaching dan mentoring, bahan pengajaran, aktiviti dan tugasan kursus, suasana pembelajaran, peluang untuk meningkatkan kemahiran bertutur bahasa Arab, unsur paksaan dan sokongan serta konsep teori dan praktikal. Penambahbaikan yang perlu dilakukan terhadap pendekatan pengajaran ini adalah dari aspek pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik kuliah, memaksimumkan penggunaan bahan pengajaran, pengurangan tugasan kursus dan waktu penilaian kursus yang sesuai. Dapatan kajian ini penting untuk dijadikan sebagai panduan kepada para pensyarah kemahiran bertutur bahasa Arab bagi menambahbaik pendekatan pengajaran yang digunakan selama ini.,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectArabic language -- Spoken Arabic-
dc.subjectArabic language -- Study and teaching-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleProses pengajaran berpusatkan pelajar melalui coaching dan mentoring dalam pemerolehan kemahiran bertutur bahasa Arab lisan-
dc.typetheses-
dc.format.pages271-
dc.identifier.barcode004729(2020)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120653+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.7 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.