Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458230
Title: | Interaksi komunikasi terhadap warga tua mengikut perspektif Islam di Rumah Seri Kenangan Cheng Melaka |
Authors: | Muhamad Razif Ahmad (P78779) |
Supervisor: | Hamdi Ishak, Dr. |
Keywords: | Older people -- Communication Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 2 |
Description: | Isu penjagaan warga tua menjadi topik perbincangan akibat berlakunya kes-kes yang melibatkan kekasaran dan masalah interaksi terhadap warga tua. Oleh itu, satu pendekatan interaksi terhadap warga tua mengikut perspektif Islam perlu diperkenalkan bagi mengatasi masalah ini. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti latar belakang warga tua, mengenal pasti bentuk-bentuk interaksi yang digunakan dan apakah elemen-elemen yang digariskan oleh Islam dalam proses interaksi terhadap warga tua di Rumah Seri Kenangan Cheng. Reka bentuk kajian ini adalah kajian berbentuk kualitatif dan menggunakan analisis kandungan. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen dan temubual separa struktur. Kajian ini melibatkan seramai 6 orang peserta yang terdiri daripada 3 orang pegawai dan 3 orang penghuni Rumah Seri Kenangan Cheng. Kajian ini juga menggunakan pendekatan deskriptif dalam analisis data yang dikumpulkan. Kajian ini dilakukan di Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka. Dapatan menunjukkan faktor dominan warga tua dimasukkan ke RSKC ialah tidak bekerja, tidak mendirikan rumah tangga, tidak ada tempat tinggal dan masalah keluarga. Kajian ini juga mendapati antara bentuk interaksi yang digunakan ialah memulakan dengan berkenal-kenalan, menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami, sopan dan lemah lembut, jelas dan teratur. Kajian mendapati, terdapat elemen-elemen interaksi antara pegawai dan penghuni mengikut perspektif Islam iaitu Qawl Al-Salam, Qawl Al-Khair Au Asamt, Qawl al-Mirar, Qawlan Karima, Qawlan Macrufa, Qawlan Baligha, Qawlan Maysura, Qawlan Layyina dan Qawlan Sadida. Kajian ini menyumbang kepada perkembangan disiplin ilmu dengan mendedahkan kemahiran interaksi berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah. Kajian ini akhirnya mencadangkan satu garis panduan interaksi terhadap warga tua mengikut perpektif Islam dikuatkuasakan di semua institusi penjagaan warga tua.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 127 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120652+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.58 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.