Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458226
Title: Analisis pemikiran feminis Muslim terhadap wanita dan kedudukannya dalam Sistem Pusaka Islam
Authors: Hafizah Mohd Bokri (P85139)
Supervisor: Mohd Zamro Muda, Dr.
Keywords: Feminism -- Religious aspects -- Islam
Inheritance and sucession (Islamic law)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations
Academic – Malaysia
Issue Date: 2019
Description: Isu keadilan dan kesamarataan antara gender dalam sistem pusaka Islam sering menjadi polemik golongan pejuang keadilan atau lebih dikenali sebagai feminis Muslim. Perubahan sosial hidup masyarakat pada abad ke-21 pada hari ini menjadi justifikasi feminis Muslim mengatakan bahawa sistem pusaka Islam perlu kepada tajdid (pembaharuan) kerana tidak lagi menepati prinsip keadilan. Mereka juga meneliti semula teks suci al-Quran agar dapat menghasilkan tafsir yang lebih mesra gender. Oleh itu, objektif utama kajian ini ialah untuk mengkaji konsep keadilan serta kesamarataan menurut perspektif feminis Muslim. Kajian ini juga bertujuan menganalisis kedudukan wanita dalam pembahagian pusaka Islam dan status mereka dalam karya ulama silam khususnya dalam Fiqh al-Mawarith daripada perspektif feminis Muslim. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kualitatif dengan reka bentuk kajian kes dan kaedah pengumpulan data melalui analisis dokumen. Manakala penganalisisan data pula menggunakan pendekatan deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa feminis Muslim melihat keadilan dan kesamarataan adalah dua terminologi yang sama. Mereka juga merumuskan status wanita adalah satu amalan sosial yang sentiasa berinteraksi dengan perubahan sosial. Manakala penilaian mereka terhadap karya fiqh klasik ialah karya-karya karangan ulama silam cenderung memihak kepada lelaki dan berunsurkan patriarki. Namun oleh kerana sistem pusaka Islam terikat dengan nas yang bersifat muhkamat, justeru perubahan yang dituntut oleh feminis Muslim tidak dapat dilaksanakan tetapi inisiatif lain seperti permuafakatan antara ahli waris, hibah, wasiat dan wakaf dibenarkan dalam usaha mendapatkan pembahagian yang sama rata antara ahli-ahli waris. Kajian ini memberi sumbangan khususnya kepada masyarakat Islam agar berhati-hati daripada terpengaruh dengan dakyah feminis Muslim. Selain itu, kajian juga menyumbang kepada nilai tambah dalam penyelidikan ilmiah.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 142
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120648+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.04 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.