Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458222
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ezad Azraai Jamsari | - |
dc.contributor.author | Mohamad Zulfadlee Abul Hassan Ashari (P46512) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:22:13Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:22:13Z | - |
dc.date.issued | 09/02/2012 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:120530 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458222 | - |
dc.description | Kerajaan Banu Marin (1215-1465M) ialah sebuah kerajaan Islam yang pernah muncul di al-Maghrib pada abad pertengahan. Kerajaan ini mewarisi kepimpinan Islam di alMaghrib daripada kekuasaan al-Muwahhidun dan dianggap sebagai kerajaan Islam yang kuat dan utuh apabila berjaya menguasai seluruh al-Maghrib ketika zaman kegemilangannya. Antara faktor yang mendorong kepada kegemilangan Banu Marin ini ialah kekuatan ketenteraan yang dimilikinya. Tesis ini membincangkan sejarah dan perkembangan Kerajaan Banu Marin, khususnya dalam aspek ketenteraan. Secara umumnya, ketenteraan Banu Marin dapat dibahagikan kepada dua, iaitu ketenteraan darat dan laut. Kedua-dua ketenteraan ini telah berperanan dalam membina dan menjaga keutuhan dan kedaulatan Kerajaan Banu Marin melebihi dua abad. Perkembangan aspek ketenteraan ini saling mempengaruhi aspek pembangunan Banu Marin yang lain, iaitu aspek politik, ekonomi, sosial dan intelektual. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti sejarah kemunculan dan perkembangan Kerajaan Banu Marin dari aspek politik, ekonomi, sosial dan intelektual, yang amat berkait rapat dengan perkembangan aspek ketenteraan. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisa dan menonjolkan sistem ketenteraan Banu Marin merangkumi pelbagai aspek seperti perekrutan tentera, kelengkapan, persenjataan dan siri pertempuran yang berlaku di wilayah al-Maghrib dan al-Andalus. Keseluruhan kajian ini menggunakan kaedah pendekatan kajian kualitatif menerusi metode kajian sejarah, analisis kandungan dan hermeneutik terhadap sumber primer dan sumber sekunder, khususnya berkaitan sejarah ketenteraan Banu Marin. Selain itu, kajian ini turut menggunakan kajian lapangan, khususnya ke muzium, untuk mendapatkan data. Dapatan kajian ini mengenal pasti bahawa Kerajaan Banu Marin telah memberikan perhatian utama terhadap pembangunan aspek ketenteraan, terutama kemunculan kerajaan tersebut sendiri yang berteras dan berorientasikan gerakan ketenteraan. Peranan ketenteraan dilihat berjaya mengekalkan keutuhan dan kedaulatan Kerajaan Banu Marin, sekali gus memperkukuhkan pengaruhnya di seluruh wilayah al-Maghrib. Selain itu, kekuatan ketenteraan Banu Marin turut digunakan dalam ekspedisi jihad di wilayah al-Andalus. Malah, penglibatan tentera Banu Marin di al-Andalus disifatkan sebagai antara faktor yang melambatkan penguasaan kuasa Kristian di al-Andalus ketika proses reconquest (penaklukan semula) semakin giat dijalankan.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations | - |
dc.subject | Academic-Malaysia | - |
dc.subject | Morocco-Armed Forces-Management-History | - |
dc.subject | Spain-Armed Forces-Management-History | - |
dc.title | Kerajaan Banu Marin di Fas (1215-1465m) :satu kajian sejarah terhadap aspek ketenteraan di al-Maghrib dan al-Andalus | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 340 | - |
dc.identifier.callno | DT319.M849 2012 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002976 (2012) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120530+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.24 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.