Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458219
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorAbu 'Ajilah Husin Jihi (P50651)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:22:11Z-
dc.date.available2023-09-13T07:22:11Z-
dc.date.issued14/06/2012-
dc.identifier.otherukmvital:120453-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458219-
dc.descriptionAl-Tahir ibn 'Ashur dapat dianggap salah seorang ulama Tunis yang mempunyai kedudukan yang tinggi. Beliau adalah salah seorang tokoh islah yang penting di Tunis dan negara-negara Arab Maghribi secara umum kerana beliau mempunyai pemikiran dan karya-karya ilmiah islah, dan yang terpenting karyanya berjudul al-Tahrir wa al-tanwir yang dianggap mulia dalam kalangan tafsir-tafsir kontemporari yang menggabungkan ilmu-ilmu para ulama silam dan ilmu-ilmu para ulama mutakhir. Permasalahan kajian adalah kefahaman Ibn 'Ashur dalam akidah dan secara khususnya perbahasan berkaitan dengan ketuhanan. Demikian juga kefahaman metode yang diikuti oleh Ibn 'Ashur dalam membentangkan isu-isu akidah. Kajian ini penting kerana ia menjelaskan pendirian Ibn 'Ashur dalam isu-isu semasa akidah dan penyelesaian yang dikemukakan oleh beliau untuk menyelesaikan isu-isu akidah ini. Tambahan lagi metode akidah Ibn 'Ashur menjaga keunikan dan tarikan sehingga sebahagian ulama sezaman dengannya menyifatkan metode beliau kadangkala takwil kepada sifat-sifat dan kadangkala takwil dan isbat kepada sifat-sifat. Di antara matlamat kajian ini adalah mendapatkan pendirian Ibn 'Ashur dalam isu-isu akidah, menjelaskan metode yang diikuti oleh Ibn 'Ashur dan mengetahui pemikiran dan aliran akidah beliau. Kajian ini menggunakan tiga metode kajian: Metode induktif digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul maklumat daripada sumber-sumber primer dan sekunder yang terdapat dalam perpustakaan dan lainnya, dan menginduksi maklumat yang dikumpul. Metode analisis digunakan untuk menganalisis maklumat dan data untuk membolehkan pengkaji mengetahui pemikiran Ibn 'Ashur dan metode yang digunanya dan pendiriannya dalam isu-isu ketuhanan. Metode perbandingan digunakan untuk membandingkan pendapat-pendapat Ibn 'Ashur dan pendapat-pendapat ulama lain dalam isu-isu ketuhanan untuk mengetahui persamaan dan perbezaan yang wujud di antara beliau dan para ulama berkenaan. Di antara dapatan penting kajian ini adalah Ibn 'Ashur mengikuti metode pemikiran tajdid dan islah yang terpengaruh dengan Muhammad 'Abduh dalam beberapa aspek. Demikian juga didapati Ibn 'Ashur mengasaskan pandangannya kepada akidah Ahli Sunah Waljamaah aliran Asha'irah terutamanya dalam perbahasan sifat-sifat dan beliau sendiri terkadang mempunyai pandangan tersendiri dalam aspek-aspek tertentu,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isoara-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectIbn 'Ashur Muhammad al-Tahir --1879-1973 --Tafsir al-tahrir wa-al-tanwir-
dc.subjectQur'an -- Commentaries-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKetuhanan dalam al-Tahrir Wa al-Tanwir-
dc.typetheses-
dc.format.pages160-
dc.identifier.callnoBP130.4.I2363J535 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002803 (2012)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120453+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.8 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.