Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458207
Title: Faktor pendorong amalan seks bebas dalam kalangan remaja Muslim di Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah Sungai Buloh Selangor
Authors: Azizah Binti Mahadi (P50533)
Supervisor: Zainab binti Ismail, Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia-Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Teenagers-Sexual behavior
Muslim teenagers-Malaysia-Social conditions
Issue Date:  22
Description: Amalan seks bebas berlaku dalam kalangan remaja pada masa kini tanpa mengira sempadan sosio demografi, budaya dan agama. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan kelahiran anak luar nikah dan kes-kes pembuangan bayi. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong remaja Muslim terlibat dengan amalan seks bebas. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti seks bebas dalam kalangan remaja daripada perspektif Islam, latar belakang dan pengalaman seksual remaja serta faktor yang mendorong penglibatan mereka dengan amalan seks bebas. Kajian ini memilih kajian kes (case study) sebagai rekabentuk kajian. Seramai 23 orang responden dari Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah dipilih secara purposive. Alat pengumpulan data yang digunakan adalah soal selidik, temubual dan pemerhatian. Data soal selidik dianalisis menggunakan teknik statistik deskriptif, manakala temubual dan pemerhatian dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan remaja peringkat akhir adalah golongan yang paling ramai terlibat dengan amalan seks bebas (60.9%) berbanding remaja pertengahan (21.7%) dan remaja awal (17.4%). Selain itu, 91.3 peratus responden melakukan hubungan seks lebih daripada dua kali dan kesemuanya melakukan hubungan seks dengan kekasih, kenalan atau kawan. Faktor pendorong kepada amalan seks bebas adalah kelemahan penghayatan agama, diikuti dengan faktor media massa, rakan sebaya, diri sendiri dan keluarga. Secara keseluruhannya faktor pendorong utama kepada penglibatan remaja dengan seks bebas ialah faktor kekasih, kurang penghayatan agama, mudah menerima ajakan pasangan atau rakan sebaya dan terpengaruh dengan nilai pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang dipaparkan oleh media massa.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana /Doktor Falsafah"
Pages: 200
Call Number: HN700.6.A95
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458207
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120031+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.62 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.