Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458204
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Prof. Madya Dato' Dr.-
dc.contributor.authorSiti Nur Husna Abd Rahman (P87048)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:22:04Z-
dc.date.available2023-09-13T07:22:04Z-
dc.date.issued26/06/2019-
dc.identifier.otherukmvital:120009-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458204-
dc.descriptionPenyediaan dan pengambilan makanan halal merupakan satu aspek yang penting dalam kehidupan seseorang yang beragama Islam. Makanan yang halal seperti yang perlu dimanifestasikan dalam aspek pemakanan akan memberi corak terhadap tingkahlaku seseorang Islam. Konsep pemakanan yang halal melibatkan penilaian terhadap satu skel pilihan yang dianggap luhur berdasarkan syariat agama. Kesukaran ke atas pengunjung Islam memperoleh makanan halal di negara bukan Islam adalah kerana negara-negara itu ditadbir oleh bukan Islam, maka terlalu banyak isu-isu makanan dan pemakanan halal timbul dan perlu dibincangkan secara terperinci berasaskan kepada fatwa-fatwa semasa. Bagi merealisasikan kajian tersebut, maka analisa terhadap kajian-kajian lepas berkaitan isu makanan dan pemakanan halal di negara bukan Islam perlu dilakukan. Usaha ini sejajar dengan tuntutan Islam yang menekankan kepada pengambilan makanan yang halal lagi suci di mana sahaja umat Islam berada. Aplikasi kaedah fiqh merupakan sesuatu yang mutlak harus dicapai dan semua tuntutan dalam fiqh yang berkaitan dengannya adalah mutlak dan pasti, dan latar belakang hukum syarak kepentingan fiqh adalah yang menjadi keutamaan dalam kajian ini. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti konsep makanan menurut perspektif Islam, mengkaji cabaran pemakanan halal yang berkaitan isu- isu makanan di negara bukan Islam. Seterusnya, mengkaji aplikasi kaedah fiqh dalam penentuan hukum makanan di negara bukan Islam. Pendekatan kualitatif melalui temu bual separa struktur terhadap dua orang pegawai syariah daripada institusi Bahagian Hub Halal JAKIM, Mufti Negeri Perak, dua orang pelajar yang pernah tinggal di negara bukan Islam serta dua orang dalam kalangan ahli akademik. temu bual dalam digunakan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat. Soalan-soalan yang dikemukan bersifat terbuka dan separa berstruktur. Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif dan analisis kandungan dalam menganalisis data yang dikumpulkan. Hasil kajian ini mendapati bahawa aplikasi kaedah fiqh mampu membantu masyarakat Islam dalam menangani isu berkaitan dengan makanan halal di negara bukan Islam. Garis panduan yang dihasilkan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian masyarakat Islam di negara bukan Islam. Kajian ini mampu dijadikan panduan kepada pengunjung Islam dalam mendapatkan makanan halal ketika berada di negara bukan Islam.,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMuslims -- Dietary laws-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleAplikasi kaedah fiqh dalam penentuan hukum makanan di negara bukan Islam-
dc.typetheses-
dc.format.pages155-
dc.identifier.barcode004737(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120009+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.03 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.