Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458203
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Abdul Ghafar Hj. Don, Prof Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Mohd Zairul Ridzuan Abdul Rahaman (P87085) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:22:04Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:22:04Z | - |
dc.date.issued | 08/08/2019 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:120008 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458203 | - |
dc.description | Dakwah Bi Al-Ḥāl merupakan satu pendekatan dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w dan menjadi model pendekatan dakwah kepada generasi masakini. Perlaksanaan dakwah Bi al-Ḥāl ini telah menjadi sinonim dengan Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) di Negeri Sembilan dalam usaha mempromosikan Islam kepada golongan Orang Asli. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan mengenalpasti pendekatan dakwah Bi al-Ḥāl yang di jalankan oleh Penggerak Masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan. Selain itu, kajian ini juga mengkaji pelaksanaan dakwah Bi al-Ḥāl yang di jalankan oleh Penggerak Masyakat Orang Asli dan menganalisis penerimaan Orang Asli terhadap dakwah Bi al-Ḥāl di Negeri Sembilan. Kajian ini adalah kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah kajian tinjauan di mana soal selidik diedarkan kepada 360 orang responden Orang Asli yang dipilih sebagai sampel kajian. Lokasi kajian adalah meliputi tiga buah daerah di Negeri Sembilan iaitu Jempol, Seremban dan Port Dickson. Data kajian dianalisis secara statistik deskriptif berdasarkan min, peratusan dan frekuensi dengan menggunakan perisian SPSS versi 23.0 bagi mendapatkan output daripada pelaksanaan dakwah Bi al-Ḥāl Penggerak Masyarakat Orang Asli Negeri Sembilan dan penerimaan dakwah Bi al-Ḥāl Penggerak Masyarakat Orang Asli oleh masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelaksanaan dakwah Bi al-Ḥāl Penggerak Masyarakat Orang Asli Negeri Sembilan berada di tahap yang sederhana dengan skor min (3.003). Manakala hasil laporan skor min keseluruhan bagi penerimaan masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan terhadap dakwah Bi al-Ḥāl PMOA berada pada tahap sederhana (2.998). Implikasi kajian ini adalah mengemukakan dapatan kajian tentang penerimaan dakwah Bi al-Ḥāl oleh masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan. Selain itu, ia menjadi satu garis panduan kepada para pihak bertanggungjawab dalam mengenalpasti masalah dalam dakwah seterusnya merangka strategi dalam melaksanakan dakwah Bi al-Ḥāl secara lebih berkesan kepada Orang Asli khususnya di Negeri Sembilan.,Sarjana Pengajian Islam | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Islam -- Missions -- Malaysia -- Negeri Sembilan | - |
dc.subject | Da'wah (Islam) | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Penerimaan komuniti Orang Asli Negeri Sembilan terhadap dakwah Bi Al-Ḥāl penggerak masyarakat Orang Asli (PMOA) | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 74 | - |
dc.identifier.barcode | 004736(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120008+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.24 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.