Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458188
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNajah Nadiah Amran, Dr.
dc.contributor.authorMohd Amru Isa (P77206)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:21:57Z-
dc.date.available2023-09-13T07:21:57Z-
dc.date.issued05/09/2019
dc.identifier.otherukmvital:119191
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458188-
dc.descriptionPengajaran hadith penting disebarkan dalam masyarakat. Pengajaran kuliah agama di masjid merupakan salah satu program pengimarahan masjid. Dalam konteks pengajaran hadith di masjid kaedah pengajaran lebih berbentuk satu hala dan kurang menggunakan kaedah dua hala manakala aspek pemilihan kitab dalam pengajaran hadith amat dititikberatkan supaya pendekatan yang dibawa lebih kreatif, inovatif dan menarik. Demikian itu juga kebanyakkan dari tenaga pengajar mempunyai kelayakan dalam bidang ceramah mereka namun ada juga segelintir tenaga pengajar yang berubah dalam bidang ceramah mereka. Kajian ini meninjau keberkesanan pengajaran hadith yang dilaksanakan di masjid-masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Diantara masjid yang menjadi kajian ialah Masjid Al-Najihin, Masjid al-Muqarrabin, dan Masjid Saidina Uthman Ibnu Affan. Kajian ini melibatkan 139 orang ahli jemaah sebagai responden. Kajian ini berbentuk kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan kaedah temubual enam peserta kajian serta penggunaan borang soal selidik yang diedarkan kepada para responden. Analisis dapatan soal selidik dilakukan secara statistik deskriptif menerusi nilai kekerapan dan peratus. Dapatan pertama menunjukkan 96 orang responden (69.1%) menyatakan bahawa mereka dapat memahami dengan baik pengajaran hadith yang disampaikan. Manakala 42 orang (30.2%) tahap memahami hadith mereka adalah pada tahap sederhana dan seorang (7%) menyatakan sukar memahami hadith yang disampaikan. Perbezaan kefahaman tersebut disebabkan oleh faktor seperti keberkesanan kaedah, motivasi belajar dan latarbelakang responden. Dapatan kedua kajian telah mengenalpasti tiga kaedah pengajaran berkesan iaitu kaedah talaqqi bersanad, kaedah syarahan dan kaedah hafalan. Kaedah yang paling berkesan membantu mereka memahami hadith ialah Kaedah syarahan. Pendekatan pengajaran terbaik yang dikenalpasti adalah (1) pengajaran hadith dengan al-Qur'an serta pandangan ulama, (2) kaedah penceritaan yang menyeronokan, (3) hadith yang disampaikan dikaitkan peristiwa dan isu semasa (4) berinteraksi secara spontan penceramah dan pendengar (5) Penceramah mengajar dalam bentuk kuliah lebih memberi kesan. Kajian mendapati responden (a) yakin dengan sunah Nabi SAW, (b) mengamalkan sunah Nabi SAW dan (c) menambah ilmu pengetahuan mereka. Kajian ini juga mendapati faktor dorongan masyarakat mengikuti pengajaran hadith terbahagi kepada dua iaitu faktor luaran dan faktor dalaman manakala terdapat dua faktor dalaman dan lapan faktor luaran. Saranan kepada masyarakat, tenaga pengajar pihak pentadbiran masjid dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berterusan dalam mengimarahkan pengajaran hadith di masjid supaya penyebaran agama Islam dikalangan masyarakat dapat difahami dan dihayati dengan sebaik mungkin.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectHadith
dc.subjectPengajaran
dc.subjectMasjid
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKeberkesanan pengajaran hadith di masjid-masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dc.typetheses
dc.format.pages99
dc.identifier.barcode004665(2019)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119191+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
948.64 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.