Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458186
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZuliza Mohd Kusrin, Prof. Madya. Dr.
dc.contributor.authorNur Syaidatul Akmar Sha'ari (P78836)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:21:56Z-
dc.date.available2023-09-13T07:21:56Z-
dc.date.issued03/10/2019
dc.identifier.otherukmvital:119189
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458186-
dc.descriptionKursus pra-perkahwinan diwajibkan bagi warganegara Malaysia yang beragama Islam, sebelum melangsungkan pernikahan. Kursus tersebut dianjurkan di peringkat negeri sama ada di bawah kendalian pejabat agama mahupun pihak swasta yang dilantik oleh jabatan agama negeri. Namun, terdapat beberapa golongan yang dikecualikan oleh jabatan agama dari mengikuti kursus tersebut antaranya OKU. Justeru itu, matlamat kajian ini ialah mengkaji pelaksanaan kursus pra-perkahwinan Islam khusus untuk OKU pekak, yang lazimnya dianjurkan oleh persatuan OKU pekak itu sendiri dengan kerjasama jabatan agama Islam daerah negeri. Fokus kajian adalah melihat kepada cabaran-cabaran yang dihadapi golongan ini sepanjang penyertaan mereka dalam kursus. Metodologi kajian menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan kaedah berbentuk analisis dokumen dan temubual separa struktur. Data terkumpul dianalisis secara diskriptif dan tematik. Dapatan kajian mendapati terdapat dua bentuk cabaran yang dihadapi oleh golongan OKU pekak semasa menyertai kursus pra-perkahwinan Islam ini iaitu cabaran dari segi fizikal dan dari segi mental. Cabaran dari segi fizikal adalah penggunaan dan pengajaran modul bersepadu kursus pra-perkahwinan Islam yang kurang menepati gaya pembelajaran OKU pekak dan juga dari sudut prasarana tempat kursus. Manakala cabaran mental pula melibatkan tiga kelompok iaitu penceramah, jurubahasa isyarat dan juga para peserta OKU pekak itu sendiri. Hal ini melibatkan tunjang asas terpenting dalam memahamkan seseorang dalam suatu perkara iaitu komunikasi. Implikasi kajian mendapati komunikasi diantara ketiga kelompok ini perlu seiring agar ketidakfahaman mahupun salah faham tidak berlaku sepanjang kursus berlangsung.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectKursus pra-perkahwinan
dc.subjectOrang Kelainan Upaya
dc.subjectPekak
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePelaksanaan kursus pra-perkahwinan khusus untuk Orang Kelainan Upaya pekak
dc.typetheses
dc.format.pages103
dc.identifier.barcode004663(2019)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_119189+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
1.57 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.