Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458179
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Khazri Osman, Dr. | |
dc.contributor.author | Khairiah Mohamad (P85253) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:21:54Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:21:54Z | - |
dc.date.issued | 12/12/2018 | |
dc.identifier.other | ukmvital:119178 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458179 | - |
dc.description | Tulisan Jawi yang ditulis dengan gaya khat yang indah merupakan hasil kesenian Islam. Biarpun ia merupakan tulisan yang digunakan secara meluas pada masa silam khususnya di Terengganu, kini penggunaan tulisan Jawi seni khat semakin tidak popular. Ini dapat dilihat dalam beberapa kajian yang dilakukan tentang penguasaan pelajar sekolah dalam menulis tulisan Jawi. Oleh hal sedemikian, objektif utama kajian adalah untuk mengkaji perkembangan tulisan Jawi seni khat di Terengganu dan mengkaji kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru pendidikan Islam terhadap seni penulisan khat di sekolah menengah Agama di Terengganu. Kajian ini juga mengkaji penggunaan tulisan Jawi, seni khat dan jenis khat, bahan yang digunakan dalam perhiasan tulisan Jawi. Kajian dilakukan kepada dua buah sekolah agama, iaitu Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) dan Sekolah Menengah Agama Khairiah (SMAK) di Terengganu. Sampel kajian melibatkan lima orang informan daripada dua buah sekolah dengan menggunakan kaedah sampel bertujuan melibatkan guru Pendidikan Islam dan guru khat. Instrumen kajian menggunakan temu bual semi struktur. Data dianalisis secara naratif deskriptif. Hasil kajian mendapati, sejarah perkembangan tulisan Jawi seni khat bermula pada abad ke 12 berdasarkan kepada penemuan batu bersurat yang bertarikh 1303M. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan ialah proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Penggunaan tulisan Jawi juga diaplikasikan di dinding-dinding sekolah, pintu bilik darjah, pintu pagar, dan dihias di dinding perpustakaan dan surau. Alat yang digunakan untuk penulisan hiasan khat ialah batang resam iaitu buluh dan paku pakis. Selain itu, digunakan juga alatan lain seperti pen khat, dakwat, pisau, maqta dan kertas atau permukaan yang sesuai. Diharapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar menganjurkan lebih banyak kursus pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi seni khat kepada guru Pendidikan Islam untuk memperkasakan lagi teknik pengajaran yang berkesan kepada pelajar.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Tulisan Jawi | |
dc.subject | Seni khat | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Aplikasi seni khat dalam kalangan guru di sekolah menengah agama | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 180 | |
dc.identifier.barcode | 004657(2018) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119178+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 1.61 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.