Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458175
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Azlin Alisa Ahmad, Dr. | - |
dc.contributor.author | Wan Muazah Mgt Azizi (P90105) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:21:52Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:21:52Z | - |
dc.date.issued | 2019-09 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:119170 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458175 | - |
dc.description | Contra trading merupakan salah satu transaksi jual beli saham yang tidak memerlukan modal, malah boleh dipinjam daripada broker. Urus niaga ini berlaku dalam tempoh empat hari (T+3) yang membenarkan pelabur menjual saham pada hari pertama transaksi (T-day), sedangkan serah terima (qabḍ) saham ke dalam akaun pelabur hanya akan berlaku pada hari terakhir transaksi (T+3). Oleh itu, sekiranya pelabur menjual saham kepada pihak ketiga sebelum dikreditkan ke dalam akaunnya, maka timbul persoalan bila berlaku perlaksanaan qabḍ dalam situasi tersebut. Selain itu, contra trading juga dikaitkan dengan spekulasi kerana peserta yang terlibat boleh menjual dan membeli saham dalam tempoh yang singkat dengan harapan memperoleh keuntungan daripada perubahan harga. Mereka juga berhadapan dengan risiko sekiranya harga pasaran bergerak berlawanan dengan jangkaan. Adakah aktiviti ini dibenarkan atau menyamai perjudian? Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji bilakah berlakunya qabḍ dalam contra trading. Selain itu, kajian ini juga akan membincangkan bentuk spekulasi yang wujud dalam urus niaga tersebut. Akhir sekali, kajian ini akan menganalisis kedudukan contra trading berdasarkan qabḍ dan spekulasi menurut perspektif syarak. Kajian ini berbentuk kualitatif menerusi kaedah pengumpulan data secara analisis kandungan manakala temubual separa struktur hanyalah sebagai data sokongan. Hasil kajian mendapati bahawa status perlaksanaan qabḍ dalam contra trading adalah tertakluk pada waktu jualan saham, sementara bentuk spekulasi yang wujud dalam urus niaga tersebut adalah spekulasi pelaburan yang dibenarkan. Kedudukan urus niaga contra trading adalah patuh Syariah berdasarkan hasil analisis terhadap elemen qabḍ dan spekulasi. Implikasi kajian ini dapat memberi input berguna kepada institusi berwajib seperti Bursa Malaysia dalam usaha menjadikan urus niaga contra trading patuh Syariah.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Qabḍ | - |
dc.subject | Contra trading | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Qabḍ dan spekulasi dalam urus niaga contra trading menurut perspektif syarak | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 147 | - |
dc.identifier.barcode | 004653(2019) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119170+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 4.6 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.