Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458152
Title: | Isu-isu wanita menurut fahaman islam liberal dan implikasinya terhadap pemikiran golongan wanita Islam kelas menengah di Lembah Klang |
Authors: | Azalina Tatar (P50572) |
Supervisor: | Latifah Abdul Majid, Dr. |
Keywords: | Islamic modernism Liberalism -- Religious aspects -- Islam Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 24-May-2012 |
Description: | Fahaman Islam Liberal merupakan satu bentuk pemikiran yang sentiasa menganjurkan prinsip kebebasan dan keterbukaan dalam segenap aspek kehidupan sehingga sanggup melewati batasan syariah dan hukum-hukum yang telah ditetapkan dalam agama Islam sendiri. Sinonim dengan perjuangan isu-isu wanita yang merupakan salah satu ciri pemikiran mereka, gerakan fahaman Islam Liberal kini dikatakan mula menular di kelompok masyarakat Islam di Malaysia dan telah mendapat tempat dalam kalangan segelintir golongan Islam kelas menengah contohnya pertubuhan NGO seperti Sisters in Islam, The Joint Action Group for Gender Equality ( JAG ) dan sebagainya. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis isu-isu wanita yang diketengahkan oleh fahaman ini selain mengenalpasti implikasi isu-isu tersebut terhadap pemikiran golongan wanita Islam kelas menengah. Isu yang diketengahkan adalah isu poligami, isu aurat, isu pembahagian harta pusaka dan isu kepimpinan wanita dalam solat. Di samping itu, kajian ini juga mengkaji konsep golongan kelas menengah serta mengenalpasti tahap kefahaman mereka terhadap gagasan Islam Liberal. Kajian ini memilih Lembah Klang sebagai lokasi kajian yang melibatkan 100 orang responden meliputi kerjaya pensyarah, peguam dan guru. Kajian ini merupakan kajian jenis tinjauan yang menggunakan instrument soal selidik serta temubual. Kesahan kebolehpercayaan soal selidik telah diuji dengan menggubakan analisis Alpha Cronbach dan keputusan menunjukkan indeks kebolehpercayaan berada pada tahap yang boleh dipercayai. Hasil dapatan menunjukkan bahawa tahap kefahaman responden mengenai gagasan Islam Liberal berada pada tahap sederhana. Selain itu, keputusan juga menandakan bahawa terdapat sebilangan responden yang menyokong terhadap keempatempatisu wanita yang dikaji.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 177 |
Call Number: | BP166.14.M63A994 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_115175+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 9.92 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.