Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458151
Title: | Program dakwah Akademi Zakat Selangor (AZAS) sebagai wadah pembangunan insan anak-anak remaja asnaf |
Authors: | Norzihan Husain (P50561) |
Supervisor: | Ideris Endot, Dr. |
Keywords: | Akademi Zakat Selangor Human capital -- Management Da'wah (Islam) Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 22-Sep-2012 |
Description: | Pembangunan insan merupakan teras kecemerlangan dalam setiap aspek kehidupan. Ia adalah suatu agenda yang diberi penekanan penting dalam ajaran Islam bertujuan melahirkan insan-insan yang beriman dan bertakwa serta berjaya memberi sumbangan besar kepada agama, bangsa dan negara. Pembangunan insan perlu diberi perhatian sewajarnya dalam membentuk sebuah negara maju dan seimbang. Untuk memenuhi tuntutan tersebut, Akademi Zakat Selangor (AZAS) sebagai satu jabatan di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS) turut mengambil peranan dalam proses pembangunan insan asnaf-asnaf zakat. Justeru kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti peranan pembangunan insan Akademi Zakat Selangor (AZAS), menganalisis kepentingan program pembangunan insan khusus untuk anak-anak remaja asnaf dan mengkaji keberkesanannya. Kajian ini menggunakan metode kajian kepustakaan dan kajian tinjauan. Kajian tinjauan melibatkan seramai 205 anak-anak remaja asnaf zakat dalam lingkungan umur lima belas, enam belas dan tujuh belas tahun dari kawasan daerah Hulu Langat. Soal selidik kajian dibina dengan mengubahsuai soal selidik kajian-kajian terdahulu. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package For The Social Science (SPSS.Versi 11.5). Hasil kajian mendapati bahawa program-program pembangunan insan yang dilaksanakan dapat membantu anak-anak asnaf remaja tersebut memahami tuntutan dan kewajipan sebagai seorang insan Muslim. Ilmu dan panduan hidup yang diperolehi membantu mereka memperbaiki kelemahan diri dari aspek pelaksanaan kewajipan agama dan juga akademik mereka. Di samping itu, ia meningkatkan kesedaran untuk memajukan diri dalam konteks menjadi insan berjaya yang cemerlang dunia dan akhirat.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 187 |
Call Number: | HD4904.7.N646 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_115174+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 24.35 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.