Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458149
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZulkarnain Mohamed, Dr.-
dc.contributor.authorAfifah Azmi (P52104)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:21:37Z-
dc.date.available2023-09-13T07:21:37Z-
dc.date.issued2012-03-28-
dc.identifier.otherukmvital:115172-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458149-
dc.descriptionSa'di al-Shirazi merupakan tokoh sasterawan kemanusiaan Parsi klasik yang membincangkan insaniah dalam karyanya yang bertajuk Bustan. Dari sudut literal, konsep insaniah yang dikemukakan nampak menyamai dengan humanisme yang dipelopori oleh Barat. Namun, terdapat perbezaan berdasarkan latarbelakang agama dan ideologi yang mendasari kedua-dua konsep itu. Objektif utama kajian ini dijalankan untuk mencerakinkan perbezaan humanisme dan insaniah dalam aspek konsep, sumber dan cakupan secara umum, menjelaskan kerangka falsafah, sumber falsafah dan cakupan falsafah insaniah Sa'di al-Shirazi yang terdapat dalam karya Bustan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi metode kajian kepustakaan dengan mereka bentuk analisis kandungan teks dan komparitif. Kajian ini merujuk kepada al-Qur'an, Hadith, karya penulisan, kertas kerja seminar, tesis atau hasil kajian terdahulu, artikel serta bahan-bahan ilmiah yang diperolehi daripada laman web internet bersifat sejarah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan tajuk kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa humanisme Barat hanya menekankan kepentingan manusia semata-mata berbeza dengan insaniah yang menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah SWT dan mengamalkan nilai-nilai yang terpuji dalam kehidupan. Kerangka insaniah Sa'di al-Shirazi merangkumi aspek akhlak dan nilai moral, ilmu pengetahuan, kerohanian dan keadilan. Sumber falsafah insaniah beliau terdiri daripada al-Qur'an, Hadith, sejarah Islam, kisah sufi, karya cinta seorang sufi, kisah para nabi, fiksyen, kisah pengalaman beliau dan kisah-kisah lisan. Manakala hasil cakupan didapati bahawa aspek nilai akhlak dan nilai moral serta ilmu pengetahuan disasarkan kepada semua golongan masyarakat tidak kira bangsa, ras dan agama. Aspek kerohanian disasarkan kepada masyarakat khususnya golongan Muslim dan aspek keadilan pula disasarkan kepada golongan atasan yakni raja dan pegawai yang memegang tampuk kepimpinan dan pentadbiran negara. Dapat disimpulkan bahawa konsep insaniah Sa'di al-Shirazi bertepatan dengan suruhan Allah SWT agar melakukan kebaikan di atas muka bumi untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan ganjaran di akhirat.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPoets-
dc.subjectPersian-
dc.subjectHumanity-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKerangka falsafah insaniah Sa'di al-Shirazi dalam Bustan-
dc.typetheses-
dc.format.pages117-
dc.identifier.callnoBJ1533.H9A35 2012 tesis-
dc.identifier.barcode002515(2012)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_115172+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
874.64 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.