Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458134
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHakim Zainal-
dc.contributor.authorMuhammad Firdaus Abdul Manaf. (P53062)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:21:30Z-
dc.date.available2023-09-13T07:21:30Z-
dc.date.issued2011-08-17-
dc.identifier.otherukmvital:114888-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458134-
dc.descriptionKajian ini membincangkan tahap penguasaan fiᶜl mādī dan fiᶜl mudāriᶜ dalam kalangan pelajar Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). fiᶜl mādī dan fiᶜl mudāriᶜ merupakan salah satu unsur penting dalam morfologi Arab yang perlu difahami dan dikuasai dengan baik. Pengkaji telah membahagikan tahap penguasaan pelajar terhadap fiᶜl mādī dan fiᶜl mudāriᶜ ini kepada tiga bahagian iaitu penguasaan terhadap perubahan wazan (pola) asas fiᶜl mādī dan fiᶜl mudāriᶜkepada pola tasrif yang pelbagai, perubahan baris dan perkataan daripada fiᶜl mādī kepada ficl fiᶜl mudāriᶜ, serta pembinaan ayat menggunakan fiᶜl mādī dan fiᶜl mudāriᶜ. Reka bentuk kajian ialah menggunakan kaedah tinjauan yang dipilih secara purposive melalui instrumen soal selidik yang kemudiannya dianalisis secara deskriptif menggunakan peratusan mudah berdasarkan jantina, umur dan tahap pendidikan pelajar. Seramai 40 orang responden telah dipilih daripada kalangan pelajar Diploma Syariah Islamiyyah (DSI) dan Diploma Usuluddin (DU). Kajian secara keseluruhannya mendapati bahawa pelajar perempuan sebanyak (21.66%) lebih memahami fiᶜl mādī dan fiᶜl mudāriᶜ berbanding dengan pelajar lelaki sebanyak (15%). Manakala pelajar yang berumur 18-21 tahun dengan peratusan sebanyak 32.5% lebih memahami fiᶜl mādī dan fiᶜl mudāriᶜ berbanding pelajar yang berumur 22-25 tahun dengan peratusan sebanyak 5%. Pelajar yang pernah bersekolah agama (25%) lebih memahami fiᶜl mādī dan fiᶜl mudāriᶜ berbanding responden yang hanya bersekolah harian (12.5%). Kajian mendapati hanya 18.61% daripada responden sahaja yang menguasai fiᶜl mādī dan fiᶜl mudāriᶜ. Ini jelas menunjukkan bahawa pelajar-pelajar masih lagi berada pada tahap yang lemah dalam menguasai fiᶜl mādī dan fiᶜl mudāriᶜ ini.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isoeng-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectArabic' language -- Morphology -- Study and teaching -- Malaysia -- Melaka-
dc.subjectArabic' language -- Grammar -- Study and teaching -- Malaysia -- Melaka-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleTahap penguasaan fi'l mad dan fi'l mudari' dalam kalangan pelajar Kolej Universiti Islam Melaka-
dc.typetheses-
dc.format.pages114-
dc.identifier.callnoPJ6131.M834 2011 tesis-
dc.identifier.barcode002469(2011)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114888+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
14.5 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.