Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458129
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorEzad Azraai Jamsari-
dc.contributor.authorSiti Noorasikin Tumiran (P46526)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:21:28Z-
dc.date.available2023-09-13T07:21:28Z-
dc.date.issued2011-07-07-
dc.identifier.otherukmvital:114825-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458129-
dc.descriptionMadrasah ialah sebuah institusi penting dalam mengembang dan meningkatkan kualiti anak-anak Islam, khasnya pendidikan Islam dan pendidikan bahasa Arab. Disertasi ini membincangkan aspek sejarah dan pembangunan pendidikan Islam dan pendidikan bahasa Arab di Singapura, khususnya di Madrasah Alsagoff al-Arabiah. Madrasah ini telah berkembang pesat dalam arus kemodenan Republik Singapura semenjak sekian lama. Perkembangan yang memberangsangkan ini telah memperlihatkan madrasah tersebut berjaya memainkan peranan yang tersendiri lagi berpengaruh dalam pendidikan Islam dan pendidikan bahasa Arab, yang turut memberi kesan mendalam terhadap pendidikan anak-anak Melayu-Islam di Singapura. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis sejarah penubuhan, perkembangan dan pembangunan Madrasah Alsagoff al-Arabiah dari tahun 1965 hingga 2010. Di samping itu juga, kajian ini dilakukan dengan tujuan untuk meneliti sistem pendidikan yang diguna pakai oleh madrasah tersebut, serta mengenal pasti pembentukan modal insan dalam melahirkan generasi masyarakat Melayu-Islam yang proaktif. Keseluruhan kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif, menerusi instrumen analisis dokumen dan temu bual. Dapatan kajian ini menunjukkan Madrasah Alsagoff al-Arabiah yang telah menjangkau usia 100 tahun mengikut kalendar Hijrah, telah melakukan transformasi secara giat dalam memajukan madrasah tersebut. Transformasi ini membabitkan aspek pengurusan dan pentadbiran madrasah, pengajaran dan pembelajaran serta penyediaan insfrastruktur yang lengkap dan terbaik. Secara langsung, pendidikan Islam dan pendidikan bahasa Arab tetap dan terus dijadikan sebagai pendidikan wajib di sekolah tersebut, meskipun saingan hebat dan kecemerlangan pendidikan wajib di sekolah pemerintah di Singapura adalah amat mencabar. Madrasah Alsagoff al-Arabiah telah berjaya mengekalkan kecemerlangan pencapaian kurikulum dan ko-kurikulum ini secara konsisten sehingga kini.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMadrasah Alsagoff Al-Arabiah-
dc.subjectIslam -- Study and teaching -- Singapura-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePendidikan islam dan pendidikan Bahasa Arab di Singapura: satu kajian sejarah dan pembangunan Madrasah Alsagoff Al-Arabiah-
dc.typetheses-
dc.format.pages267-
dc.identifier.callnoBP43.S552M338 2011 tesis-
dc.identifier.barcode002431(2011)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114825+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
802.44 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.