Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458105
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Wan Fariza Alyati Wan Zakaria, Dr. | |
dc.contributor.author | Masitah Idris (P52236) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:21:18Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:21:18Z | - |
dc.date.issued | 2012-05-24 | |
dc.identifier.other | ukmvital:114591 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458105 | - |
dc.description | Kajian ini membincangkan mengenai pemikiran human nature/fitrah manusia dalam pemikiran Barat dan Islam melalui ahli falsafah Barat iaitu Friedrich W. Nietzsche dan tokoh pemikir Islam iaitu Ibn Khaldun. Kajian ini menganalisis tema-tema utama yang mendominasi pemikiran kedua-dua tokoh ini di dalam membahaskan mengenai human nature.Tema yang menjadi perbandingan di antara kedua-dua tokoh ini merangkumi tema teologi, etika dan moral, epistemologi dan juga ketamadunan. Berdasarkan kepada permasalahan kajian yang menyatakan perbahasan mengenai human nature dalam perspektif Barat telah memberi implikasi negatif terhadap tamadun Barat, justeru menimbulkan penulis untuk menganalisa idea ini daripada perspektif Islam. Rentetan daripada permasalahan ini menimbulkan keperluan untuk mengkaji human nature dan objektif kajian ini adalah untuk menganalisa pemahaman mengenai human nature dan hubungannya dengan kehidupan manusia serta kesan human nature dari perspektif Barat dan Islam. Selain itu, bagi tujuan kajian ini, penulis telah menggunakan metodologi berbentuk kajian kualitatif dan kajian analisis teks dan dokumen yang mana kajian ini lebih menumpukan kepada teks asal dan terjemahan karya Nietzsche dan Ibn Khaldun. Selain itu penulis juga menggunakan metode perbandingan bagi menganalisa idea yang digarapkan oleh tokoh yang menjadi kajian penulis. Hasil perbandingan pemikiran di antara kedua-dua tokoh ini menunjukkan bahawa terdapat persamaan dan perbezaan yang jelas mengenai idea human nature yang mana sekiranya fungsi agama diketepikan di dalam kehidupan manusia, ia menghasilkan impak yang buruk di dalam perkembangan sesebuah tamadun kerana perbincangan mengenai fitrah manusia tidak dapat dipisahkan dengan fungsi agama di dalam kehidupan sama ada dalam aspek persejarahan, politik, budaya dan etika. Berdasarkan kepada kepentingan fitrah manusia di dalam pengupayaan semula tamadun Islam pada masa hadapan, ia memerlukan usaha dan pembaharuan melalui pendidikan di mana penulis mencadangkan supaya human nature dijadikan guideline di dalam silibus pendidikan di segenap peringkat sama ada peringkat tadika, rendah, menengah dan juga di peringkat pengajian tinggi. Selain itu, integrasi ilmu dalam kalangan ulama dan saintis, ulama dan budayawan dan lain-lain lagi dapat mengembalikan fitrah manusia yang tercemar kepada landasan sebenar berpandukan kepada al-Qur'an dan al-Sunnah. Teras penting dalam usaha menangani masalah sosial dan pemikiran barat yang semakin meresap ke dalam pemikiran orang Islam ialah penjanaan semula fungsi human nature berlandaskan kepada sifat kehambaan manusia sebagai makhluk-Nya dan fungsi manusia sebagai makhluk yang diangkat menjadi khalifah di muka bumi ini.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Islam and humanism | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pemikiran human nature menurut Nietzsche dan fitrah menurut Ibn Khaldun | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 219 | |
dc.identifier.callno | BP190.5.H78M347 2012 tesis | |
dc.identifier.barcode | 002341(2012) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_114591+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 19.18 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.