Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458093
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShofian Ahmad, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorMuhammad Mujeib Musa (P53198)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:21:14Z-
dc.date.available2023-09-13T07:21:14Z-
dc.date.issued2012-07-26
dc.identifier.otherukmvital:114512
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458093-
dc.descriptionKajian ini membincangkan tentang persepsi peserta terhadap Program Pengupayaan Asnaf Zakat (PROPAZ) di Negara Brunei Darussalam. Ini berikutan terdapat rungutan dan ketidakpuasan hati peserta terhadap tempoh program yang sedia ada. Objektif kajian ini ialah menjelaskan konsep pengupayaan asnaf zakat dalam Islam serta PROPAZ. Kajian juga mengkaji latar belakang peserta PROPAZ dan menganalisis persepsi peserta terhadap PROPAZ. Kaedah tinjauan dan juga soal selidik serta temubual telah digunakan sebagai metode kajian. Sampel kajian terdiri daripada 92 orang bekas peserta PROPAZ. Soal selidik digunakan untuk mengumpul data dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS Windows 16.0. Hasil kajian mendapati bahawa konsep pengupayaan asnaf zakat sememangnya mempunyai asas dalam Islam kerana ia menggesa umatnya supaya berusaha dan bekerja kerana melalui usaha dan bekerja ia akan dapat menampung keperluan diri, keluarga dan orang yang berada di bawah tanggungannya. Hasil kajian juga mendapati bahawa PROPAZ merupakan satu langkah yang tepat yang dibuat oleh kerajaan bagi menjadikan asnaf zakat berkemahiran dan berkeupayaan bahkan langkah ini bertepatan dengan apa yang disarankan oleh syariat Islam. Kajian juga mendapati kebanyakan peserta PROPAZ adalah mereka yang terdiri daripada golongan belia yang berumur antara 21 hingga 30 tahun yang tidak lagi bersekolah, tidak bekerja, bujang, dan mempunyai tahap pendidikan yang rendah. Ciri-ciri ini menunjukkan bahawa golongan ini adalah mereka yang benar-benar layak bagi mengikuti program pengupayaan ini sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syariat Islam. Kajian juga mendapati persepsi peserta terhadap PROPAZ adalah pada tahap yang tinggi khususnya dari aspek jenis ilmu dan kemahiran, keseimbangan dengan agama, prasarana, pengajaran guru, motivasi dan tahap kemahiran. Namun masih terdapatnya ketidakpuasan hati peserta terhadap tempoh masa program. Oleh itu kajian mencadangkan supaya tempoh program perlu dikaji semula berdasarkan latar belakang peserta dan juga jenis ilmu dan kemahiran yang memerlukan tempoh pembelajaran yang mencukupi untuk menjadikan mereka mahir, matang dan berkeyakinan. Semoga dapatan daripada kajian ini diharapkan akan dapat membantu pihak yang berkenaan dalam meneruskan dan memantapkan program bantuan seperti PROPAZ ini.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectZakat -- Brunei -- Economic aspects
dc.subjectIslam -- Charities
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePersepsi peserta terhadap program pengupayaan asnaf zakat di negara Brunei Darussalam
dc.typetheses
dc.format.pages80
dc.identifier.callnoBP180.M846 2012 tesis
dc.identifier.barcode002325(2012)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_114512+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
10.66 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.